SI KACAK & SI CANTIK

September 25, 2012

Persediaan Majlis Perkahwinan.


12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
 
* Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan 

* Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
* Mengaturkan bajet 
* Memilih perancang majlis perkahwinan mengikut kemampuan anda 
* Mengumpul nama tetamu 
* Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis 
* Memilih cincin pernikahan 
* Memilih kek pengantin 
* Memesan cenderahati untuk tetamu 



5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

 * Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan
  mencuba kelengkapan pakaian).
* Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek
   perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain) 
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam 
* Menghubungi saksi pernikahan 
* Membuat rawatan ke spa




2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
* Menyenaraikan nama tetamu
* Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
* Merencanakan bulan madu
* Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
* Memastikan rawatan spa secara intensif
* Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
* Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan




SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
* Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
* Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
* Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
* Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
* Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
* Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung


P/SSaling mengingati antara kita. Mudah-mudahan majlis kita berjalan lancar. :)


Sekian





Kredit : lupa. T___T 


1 comment:

Mohd Hanif said...

Terima kasih infonya, tips yang sangant berguna untuk pasangan yang ingin berkahwin