SI KACAK & SI CANTIK

March 29, 2011

SESI LUAHAN HATI..

Aku teramat sure yang korang mesti dah bosan baca entry tentang wedding my cousin, Anis. Tak pasal-pasal dah jadi macam blog pengantin pulak ye. Haha. Bukan apa, memandangkan majlis nie aku terlibat secara langsung dari segi persiapan so aku rasa bagus kalau share dengan korang semua. So, terima kasih kepada yang sudi membaca.

Entry kali nie adalah luahan hati aku. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi ini adalah LUAHAN HATI aku & benda nie terjadi pada diri aku. Serius, aku memang tak ramai kawan yang betul-betul rapat. Kawan pun aku rasa tak ramai. Entahlah, kadangkala aku rasa macam dorang nie bukan jenis yang jujur & ikhlas untuk berkawan dengan aku. Lebih kepada nak gunakan aku. Sekali lagi maaf pada yang terasa. (Kalau terasa maknanya tanggapan aku tak silap).

Bukan nak bangga atau apa, tapi sejak aku ada kereta sendiri adalah sorang hamba ALLAH nie selalu ajak aku ke sana ke mari. Fine, masa dia takda kereta aku boleh tolak ansur lagi. Sah-sah kau takda transport. (memang itu pun yang kau selalu cakap time nak ajak aku ke mana-mana) So aku tak kisah. Kawan, so aku tolong. Sekali dua takpa beb. Kalau selalu reti-reti la hulur duit minyak. Kau ingat kereta aku pakai air. Air pun kena bayar tau.

Pastu kau mesej aku cakap sorry susahkan. Next time kau akan bayar duit minyak. dalam hati aku time tue, alhamdulillah terbuka juga pintu hati kau. Tapi mesej sekadar mesej. Next keluar sama juga. Time tue aku fikir bodoh ke aku tolong kau. Tapi takpe. Aku ikhlaskan. Kira halal yang sebelum nie. Tapi aku tekad dalam hati itu kali terakhir aku tolong. Agaknya hati aku lembut sangat kot, dengar suara kesian kau mintak tolong aku tolong. Memang tak mengharap pun time tue. (dah biasa agaknya). Tapi baliknya aku singgah Mc'D sebab adik aku kirim. Kau pun nak jugak. Fine, aku order. Time bayar kau cakap takda duit kecik. So??? kau bayar jela. Bukan Mc'D sengkek sangat sampai takda duit kecik. Takpa, aku sabar. Niat taknak malukan kau. Aku bayar. Sampai hari kau tak bayar. Tak tahulah kau tak ingat ke buat-buat tak ingat.

Kali nie memang aku tekad. Taknak tolong. Memanglah pahala, tapi kalau macam nie hilang pahala aku wei. Sejak kau dah beli kereta aku ingat takda kejadian berulang. Tapi sama jer. Bila aku suruh kau yang ambil aku kat rumah, macam-macam alasan kau. Lastly tak jadi keluar. Bagus. Aku pun memang taknak. Kau takda lesen bukan masalah aku. Dah tue yang kau selalu cakap kau keluar berjalan dengan family kau boleh pulak. Siap cakap tawakal bawak sampai luar Selangor. Boleh pulak. Nie dengan aku takat pergi Klang hilang terus tawakal kau. Dahlah, aku dah muak. Sekali sekala takpe. Kalau selalu botak aku. Kadang-kadang aku fikir takda kawan pun takpe la dr aku dapat kawan macam kau.

Banyak kali benda yang aku nak luahkan sebenarnya. Pasal member pinjam duit tak reti nak pulang, sifat hasad dengki yang melampau, perangai yang tak sedar diri & banyak lagi. Ye, aku tau. Aku pun tak sempurna. Dan tak layak nak kutuk orang ke apa. Tapi macam aku cakap ini luahan hati aku. Dah lama sangat aku pendam. Cakap dengan orangnya pun buat-buat tak faham. Macam mana. Lebih baik cakap dengan blog. Tapi tak semua kawan aku cakap itu. Sebab itu aku cakap kawan rapat aku tak ramai. Maybe salah aku yang tak sedar. Dah parah baru nak cakap. Prinsip aku selagi aku boleh sabar aku sabar. Sekali sekala takpa. Aku boleh faham & tolak ansur lagi.

So, kalau KAU dalam entry nie baca harap berubahlah. Sebab aku tau dengan orang lain pun kau buat benda yang sama. Jangan sebab benda nie kau akan hilang kawan. Renung-renungkanlah.


ASSALAMUALAIKUM.

MAJLIS BELAH LELAKI DI RAUB.

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.


Last saturday aku pergi ke Raub, Pahang untuk majlis perkahwinan belah lelaki pulak. Not sure berapa kereta pergi tapi if tak silap dalam 10biji. Semua berkumpul di Tol Gombak. After semua family sampai kami sarapan sebelum gerak ke Raub. Macam-macam ada. Nasi lemak, mee hon, nasi goreng + my mom bawak nasi impit. Lepas selesai, kitorang pon gerak ke Raub. Alhamdulillah semua lancar. Takda stop kat mana-mana.

ala-ala...sweet nyer kami makan bawah pokok..
 Kitorang sampai awal jugak. Then terus lepak dekat Balai raya yg memang di khas untuk kitorang. Tuan rumah sediakan kuih muih. See... makan lagi. Baru berapa jam lepas makan nie dah makan lagi. Majlis nanti makan lagi. Rosak diet i tau. So sementara nak tunggu pengantin datang, apa lagi. Posing time. haha.. Family kitorang memang..:p



sesi eratkan silaturahim...

sebelum gerak ke dewan.
 Now, tiba masa nak ke dewan. Dengan iringan kompang kami pon gerak. Yang kelakar, jauh juga tau dari balai raya nak ke dewan. Ambek kau pengantin. Jalan la ye..haha..


sampai berpeluh pengantin.
akhirnya sampai jugak dewan.

Time nie aku pulak yg segan. Ramai kot tetamu.


Ada jugak persembahan dr kanak-kanak sekolah ....(maaf tak ingat tapi anak murid bapa pengantin lelaki). Tarian zapin (kot) dan lain-lain. Ada dua group. Lelaki & perempuan. Comel sangat. Persembahan dorang pun best. Terus terfikir nak buat jugak untuk majlis sendiri nanti. LOL...

Habis jer persembahan mak (ke pak) andam tanya for next sesi. Sama ada nak tepung tawar @ makan. So aku buat keputusan makan. Erk? aku?? Haha...ye..aku.. Sebab that time family belah perempuan tengah makan. So baik makan dulu kan. Pandai-pandai jer aku kan. haha.. Nasiblah, dah lepas pun.

makan beradap. Tangan nak cover mulut yang penuh nasi.
Tak senonoh tau dorang. Tak sedia lagi nie.
riang ria with pengantin..

pengantin taknak potong kek so biar kitorang yang potong.

sebelum balik. sesi bergambar.



okay nak balik dah. Tata Raub. After melantak banyak sangat dekat dewan, balik kena senam. Tengok, terus kurus.. Jalan kaki ye. Dari kiri, kanan, depan belakang..cepat jalan.



Sebelum tu singgah dulu ke gerai durian. Borong banyak giler. haha.. Family arwah Kasim memang hantu durian. Kah2.. Tapi sebelum beli kita taste dulu. Serius memang puas hati. Semua elok takda yang rosak. Sedap sangat. Serius terliur time taip nie. grrr....



Time nie makcik aku, mak kepada Dira (baju hitam) & Fareed (baju putih) tengah borong buah manggis. So aku turun kereta suruh adik aku SYIROS ambil gambar aku. (ke dia yang nak ambil gambar aku yerk?) Tapi yang mereka bertiga nie sempat lagi lari ke arah aku nak join to the club. Hisy..kacau daun tau korang nie. haha...:p



Sebagai melengkapkan kedatangan kami ke Pahang, sempat jugak singgah ke Hutan Lipur Lentang. Tapi serius tak best. Sebab tak dapat mandi manda. Uwaa...benci oo.. Cuba tengok muka bosan kami tengok Dinie (the only budak kecik) mandi. Amal (baju purple) siap sanggup jalan jauh nak cari kedai jual baju. Tapi hampa. Haha.. Siap ada bagi cadangan suruh tunggu dalam toilet. Agak-agak ada orang nak tukar baju boleh la ambil time dia sangkut kt pintu. Haha... Macam-macam. Oh, ya. Ada jugak orang camping time tue. Amal siap usha baju dorang. Haha..pape ntah..:p

So, dah lewat petang kitorang pun gerak balik. Sebelum tue macam biasalah kan. Sesi ambil gambar. Yang lelaki sibuk nak ambil pic melompat bagai. Suka hati korang la. Jangan sampai jatuh ke dalam air dh. Jenuh pulak nanti nak cari baju. On the way balik adik aku, Adam dah rupa macam pemandu pelancong. Siap tunjuk jalan kat aku nak gie Genting, Fraser Hill, Janda Baik & yang sewaktu dengannya. Aku pun layan jela. Sampailah dekat area Jalan Duta boleh pulak aku tertidur. Tapi tak lama kejap jerk. Gara-gara adik aku pasang radio kuat sangat. Agaknya nak hilangkan ngantuk kot.


Best jugak sekali sekala berjalan. This week aku nak pergi Melaka pulak. Tunggu entry untuk Melaka pula ye..daa...



TERIMA KASIH.



March 25, 2011

GAMBAR DARI SAUDARA MARA..

Sudah terang lagi bersuluh. Tajuk entry sah-sah menggambarkan picture yang bakal anda lihat bukan dari camera aku. Harap maklum ye. Selamat menjamu selera mata anda.

aku makan, mereka yang basuh pinggan..keh2..;P

after akad nikah, harus makan okay. sedap..=)


sebelum turun posing dulu.

tepung tawar, mak pengantin lelaki.

orang kuat, abang ijam.

si suami busy angkat makanan, si isteri busy pakai inai. haha...hai kak sue..;P

muke bersalah emin curik lauk...hahhaa..;p

kan dah cakap, memang huru hara..;P

- banner -

inilah my cousin, Dira. Dia dapat 9A for SPM. Congrats..=)

family wak Ani.

penceramah terkenal pun datang.

ketibaan pengantin lelaki. Nampak tak Rini kat belakang tu?

comel jer aku kan...hahaha..;p

baling gula-gula. Tapi mak budak pun join...aiseh...


debaran sebelum akad nikah..bukan aku tau.



note : sory ye, pic tak ikut turutan. aku dah bersyukur sebab dapat jugak upload pic dengan keadaan line internet yang macam ape nie.



TERIMA KASIH.


LAGI TENTANG WEDDING....


ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.



Ok, continue ENTRI INI aku nak story pulak pasal big day iaitu hari persandingan buat RAJA SEHARI.



AHAD.

  1. Hari itu pun aku datang agak lambat. Haha..perasan tak aku always datang lambat kan. Bukan sengaja tapi ada jer hal. Kerja la, itulah, inilah. Dan ahad itu aku teman my mom pergi kenduri kahwin sekitar area rumah. 3 rumah jugak la kitorang sempat pergi. Yang lain tak pergi, takut lambat pulak gerak ke rumah my cousin nanti.
  2. So, sampai jer rumah my cousin terus naik bilik pengantin. Eh2, tapi sebelum itu salam dulu pakcik and makcik kat dapur. Tak sopan ye rakan sekalian kalau tak salam. Tak bagus tu, jangan amalkan. Time aku naik pengantin perempuan tengah di make up. Yang pengantin lelaki pula sibuk dengan handphone beliau. Agaknya baca ucapan dari rakan-rakan kot. (ke bukak facebook? keh2..) Ada jugak orang telefon. Maybe tanya arah nak ke rumah pengantin.
  3. Bila dah bosan tengok muka pak andam (ke dia yang bosan tengok aku?) aku turun bawah jap. Tenguk aku boleh aku tolong. Tempat dituju macam biasa..DAPUR. Tapi tak buat apa pun. Lebih banyak borak dari tolong. haha..
  4. Bila dah bosan dekat dapur (serius aku memang cepat bosan) jenguk bilik pengantin balik. Time itu pengantin lelaki dah hilang. Tak sempat tanya dia pergi mana. haha.. Pengantin perempuan pula masih bersiap. Then turun balik hantar barang dekat khemah. That time aku dengar bunyi kompang. Tapi dalam hati kata mesti budak-budak nie tengah berlatih. Sampai la makcik aku tepuk bahu tanya mana pengantin & suruh dia turun cepat. Tak mengelabah kau.
  5. So apa lagi terus naik atas panggil pengantin. Dah la tak siap lagi. Adoi, aku pulak yang menggelabah. Kelam kabut aku ambil kasut, payung, kipas & barang lain. Time itu memang dah tak pikir apa. Aku redah jer. Dengan peluh dah makin menitik (hilang keayuan i tau) aku buat jer. Sampai nak pegang payung & kipas pon dah tak tau. Janggal giler. Serba tak kena aku rasa. haha.
  6. Dengan cuaca yang panas + ke sana ke mari memang berpeluh habis kitorang termasuk pengantin. Tapi dah nama raja sehari, pengapit berpeluh takpe. Jangan pengantin. So atas pelamin memang kelakar. Kitorang berempat jer yang tahu. (pengantin + pengapit). Aku siap boleh mintak tisu kat cousin, Dira. Sebab tisu nak lunyai. Fareed (pengantin lelaki) sempat gelakkan kitorang (pengapit). Sebab kitorang paling berpeluh. Ini bukan sebab gelabah ke apa tapi sebab nak pastikan keadaan pengantin sempurna kitaorang jadi macam nie. 
  7. Tapi lama-lama okay dah. Air-con pun dah pasang. Sejuk sikit. Terus jer sesi tepung tawar. Mak ayah pengantin lelaki yang start dulu. Then adik dia terus ke sedara mara kedua-dua belah pihak. Makan beradap pun aku join. Pengantin pun sporting, makan sampai habis. Lapar punya pasal. Memang takda cover mereka nie. haha.. Bagus la kan. 
  8. Terus ke sesi baling gula-gula, ambil gambar di pelamin hinggalah ke sesi jumpa tetamu. Time nie dapatlah pengantin kenal tetamu yang hadir. Bagus jugak kan. Takda la terperap dalam rumah jer. So tugas aku sampai situ. Lepas itu aku habiskan masa melantak dekat dapur. Haha..lapar kot. Dari sabtu aku kurangkan makan. Nak jaga badan konon. Bukan apa takut baju tak muat. haha.. Maklumlah baju beli siapkan. Kalau buat lainlah, boleh besarkan sikit. Kira lepas majlis memang makan habis-habisanlah. Ke sebab makan ramai-ramai jadi sedap yerk? Pape jela.
  9. Lewat petang baru kitorang balik. Sebelum itu biasalah kalau makcik & makcik aku berkumpul. Memang huru hara. Fun giler. Sebelum balik sempat jugak tulis ucapan dekat buku ucapan pengantin. Sabtu nie kitorang akan ke Raub, Pahang untuk majlis belah lelaki pula. Aku masih jadi pengapit. So nanti aku update cerita di sana pulak ye.


Oh, ya. Picture aku masuk dalam next entry ye.


HAPPY READING 

March 24, 2011

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN + PENGALAMAN AS A PENGAPIT

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.


Entry ini dah lama terperap. Tunggu masa aku untuk publish jer. Tapi nak publish pon ambil masa. Maklumlah, penyakit M (malas) menyerang. Haha...;P

Ok, aku nak story pasal the wedding & pengalaman aku jadi pengapit. Kalau tengok macam mudah jer kan jadi pengapit. Tapi bila dah jadi baru rasa susah jugak jadi pengapit. Bidang kerja tak terhad kepada kipas pengantin, posing depan kamera (perasan macam sendiri yang kahwin), teman pengantin makan beradab. Banyak lagi sebenarnya.

 
Untuk memudahkan korang baca & tahu aku senaraikan ikut hari okay.
JUMAAT.

  1. Aku sampai pukul bapa berapa pun dah tak ingat. Tapi malam la. Hantar kuih bahulu + periuk kuali segala benda. Sampai jer terus tolong my cousin, Ila cucuk bunga telur dengan pasu. (pasu kot). Sambil borak plus elektrik putus entah berapa kali siap jugak cucuk bunga telur.
  2. Then Anis (pengantin) mintak tolong pakaikan inai. Giler ke hape dia nie. haha. Tak pernah kot aku buat. Tak jadi inai kang. Lama gak bertafakur + muhasabah diri. Biar betul nak buat nie. Tak lawa kang mati den. Sampai Dira yang tidur sebab demam pun boleh terjaga. Terus sihat. Haha..
  3. Last sekali aku panggil Ila. So dia yang buat & member dia. Aku tolong tengok jer. haha..
  4. Tak lama lepas tue balik. Jangan tanya balik pukul berapa. Memang takde dalam senarai memori aku.


SABTU.

  1. aku sampai dalam pukul 2ptg. After balik kerja. Sampai jer tolong dekat bahagian dapur dulu. (nak makan kena tolong dulu.hehe).
  2.   
    baru sampai, muka penat baru balik kerja.
    
  3. Dah kenyang kenalah buat kerja kan. Naik bilik pengantin tenguk apa boleh dibantu. Sekali kena tolong buat hantaran. So, okay la. Tolong tengok jer. Bukan susah. So aku rela hati nak tolong tengok. Sampailah dia suruh aku buat SIRIH JUNJUNG.  Giler..tak pernah aku buat. Ok, fine. Memang banyak benda aku tak reti buat. Sila gelakkan aku sekarang. Tapi takpe, aku try buat gak dengan Dira. Boleh la. Cun jugak walaupun dalam masa yang singkat kitorang buat. Puas hati sangat. Majlis aku nanti boleh buat sendiri. hehe..
  4. ini kot sirih junjung nyer. Ke nie dr pihak lelaki?
  5. Dalam pukul 7mlm siap semuanya. Apa lagi balik rumahlah. Siap-siap apa yang patut. Maklumlah dah busuk since dari pagi kan. Pukul 8.30mlm sampai sana. Sebab dah cun melecun (ok, perasan) plus wangi (pakai AuraLife okay) aku decide taknak duduk dapur. Haha. Malas betul anak dara sorang nie kan. So terus gie bilik pengantin. Tak lama lepas itu sepupu kitorang panggil suruh turun. Imam dah sampai. Paling kelakar sepupu aku dalam pada seram sejuk sempat paling posing sebelum turun. Maybe nak hilangkan gemuruh kot.
  6. 
    kredit pic to my cousin, TAQWA. Serius aku suka pic nie.=)
    
  7. Sebelum akad dengar tazkirah (ke khutbah) dr imam. Nasib tak boring. Sebab agak lama jugak. Time akad nikah memang saat mendebarkan. Plus aku pon sekali berdebar. Tangan & kaki sepupu that time memang dah sejuk habis. Aku rasa macam pegang ais pon ada.
  8. Alhamdulillah, dengan 2x lafaz mereka (FARED RAIHAN & NORANISA) sah menjadi suami isteri. Time ini aku kena main peranan. Maklumlah sepupu aku (pengantin perempuan) after akad nikah bergenang air mata. Maybe terharu + syukur. (aku dh la tak buleh tgk orang nangis, rasa nak nangis sekali) So, aku tenangkan dia.
  9. 
    kredit to TAQWA jugak.
    
  10. Acara batal air sembahyang pon aku kena bagi gelang & rantai kepada pengantin lelaki untuk dipakaikan ke pangantin perempuan. Sempat jugak selit masuk dalam gambar diorang time nie. haha..;P
comel  jer aku ambil rantai tue. haha..;P


 
Banyak lagi nak share nie tapi tunggu next entry ye. Aku story untuk big day punya iaitu hari persandingan. 



HAPPY READING.





OK FINE, AKU NAK MARAH NIE...



Setelah penat aku time panjang berjela pasal wedding my cousin boleh pulak aku delete. OMG!! Geram kot kat diri sendiri. Dahlah susah nak curi masa buat blog + line yang macam siput sedut. Siput sedut kalau di makan sedap la jugak. Daripada line nie tak rasa okay. Takpe sebab mood aku baik + bos takde aku akan buat lagi sekali. Sebelum tepat 5.30petang hari ini entry akan siap publish. (eceh, orang berikrar nak siapkan kerja kau nie update blog.) Takpe demi pembaca i rela uols. Okay, dh start ayat gedik. Entry ini pendek sebab aku pendek. eh2..bukan. sebab nak buat next entry...daa....



March 21, 2011

WEDDING...

Assalamualaikum & Hai semua...


Sebelum aku cerita lanjut pasal wedding my cousin & disebalik majlis tersebut sila layan pic ini dulu..











So, hope korang nantikan next entry. Antara yg akan aku share dengan anda semua :


1. Pengalaman as a pengapit.
2. Baju pengapit.
3. Sekitar majlis perkahwinan.
4. Hantaran yang aku buat.
5. Semua tentang majlis tersebut.



Tunggu ye.. Sekian, terima kasih.

March 19, 2011

EXPRESS ENTRY....

Assalamualaikum korang...




Firstly nk say sorry. If korang perasan aku kalau tengah rajin @ free update blog memang tak mengagakkan. Sekali banyak. Bila tak update, memang tak update berhari. hehe.. Sorry la ye, bukan apa. Kalau aku free memang aku update. Kalau tak, takde la aku update. Dan entry yang nie pon express punya. Aku kena bergegas ke rumah my cousin untuk wedding dia. Aku kan pengapit. Haruslah ada kan. Sila baca ENTRY INI untuk tips bakal pengapit. (peringatan untuk aku juga). Nantikan gambar-gambar majlis tue nanti ye.





SEKIAN, TERIMA KASIH.

March 15, 2011

ANDAI LELAKI TAHU...................

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



kredit to EIYRA AHMAD


TSUNAMI DI JEPUN TELAH DITETAPKAN DALAM AL-QURAN




1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.


2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.


Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53
maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.

8. WauAllahhu Allam.



sumber dari anakulucheka.


Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamatnya.
Di dunia mahupun di akhirat.

Dipersilakan untuk share.

BLOG KESAYANGAN VERSI LELAKI

Hai korang.


Entry nie sepatutnya dah lama update. Means lepas entry BLOG KESAYANGAN VERSI GIRLS. Tapi atas sebab2 tertentu aku lambat sikit post. Sorry ye. So meh la tengok blog kesayangan aku nie.


1. BEN ASHAARI
semestinya abg Ben. Kenapa? Sebab entry dia semua bagus & berkualiti. Kadang2 aku rasa macam dia boleh baca fikiran aku. Apa aku fikir tak lama lepas tue keluar satu entry dia. Contoh pasal follower, entry yg bagus, banyak lagi la. Korang pon sure dah tau kan. Kadang kala kita akan rasa kata2 dia agak sinis tapi semua sebab terkena batang hidung kita sendiri kan. So, renung-renungkan dan selamat membaca blog beliau.


2. UJANG
aku tau blog ini melalui "Sahabat Blogger (SB)". Dia rajin comment kat SB. So one day aku tergerak nak baca blog dia. Memang best. Sempoi jer. Rasa macam borak dengan member sendiri. Start dari situ aku terus ikut setiap entry dia sampai sekarang. Tapi tak pernah comment kt entry dia lagi. Maybe lepas nie..=)


3. Faiz
ini adalah blog lelaki pertama yg aku baca bila aku kembali aktif menulis blog. Selama nie aku lebih kepada blogger perempuan. Tapi entah kenapa aku boleh tertarik pula dengan blog dia. Sangat sempoi okay. Kelakar pula tu. Haha... Korang pun patot baca this blog. Sure tak bosan & korang akan terus ikuti setiap entry dia. Enjoy...^_^


4. Mat Gebu
bagi wanita2 di luar sana sure blog ini pon jadi tumpuan korang kan. Macam2 resepi ada. Yang paling penting mudah nak buat. Itu yang seronok sebenarnya. Kalau rumit memang selamat jalan. Aku tak suka masak rumit2 nie. Sebab aku dilahirkan untuk buat semua perkara yang simple. Kalau rumit kita buat jadi mudah. So, kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan blog nie sangat sesuai.


5. Fadhirul
okay, blog terakhir. Aku tau pon melalui blogwalking & macam biasa SB. Jujurnya aku tak tau nak terang kenapa aku suka baca blog nie. Tapi entah. First time baca aku terus suka. Entry pertama aku baca KISAH CINTA AKU DULU2. Aku tak tau kisah benar & rekaan semata tapi aku rasa penulisan dia sangat jujur. Sejak hari tue aku terus ikuti setiap entry dia. And now dia ada buat CONTEST. Korang cubalah. Mana tau menang kan...=)



note : Hope korang pon suka baca blog2 mereka nie. Kalau belum tengok blog mereka rajin2 jenguk okay. Pasti tak menyesal.


TAG FROM SYIROS...

Assalamualaikum semua....



Today aku nak jawab soalan2 yang telah di tag oleh adik aku, SYIROS.

 1. Adakah anda rasa anda hot?
Tak, aku cool jer...haha...


2. Upload gambar wallpaper/pc anda guna sekarang.

3. Cerita pasal gambar.
wallpaper nie yg aku pakai since masuk kerja. September 2010. Malas nk tukar2...


4. Bila kali terakhir anda makan ayam?
aaa...hmmm....x ingt biler...tp bln nie la...kt kenny rogers...hihi..my fav..=)


5. Lagu yang terakhir anda dengar?
Talking To The Moog by Bruno Mars. Walaweh...aku fall in love dgn this song. Tak tau kenapa.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Chat dgn bf kt facebook sambil issue cheque.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
sayang..hahaha...bole tak? :p


8. Tag lagi 8 orang.
- Adeq Fazilah
- Monet
- Eja Omar
- Hawa Hanafi
- Tieah
- Farah Nadia
- Kak Jihan
- Nasuha Salleh


9. Siapa orang no. 1 anda?
my bestie. Aku share everything dgn dia. Tapi dia dah jauh..T__T


10. Katakan sesuatu untuk orang no. 5.
hai. selamat berkenalan..=)


11. Orang no. 3 ada hubungan dengan siapa?
AFIQ. haha..siap caps lock kau...


12. Bagaimama pula dengan orang no. 4?
dia dah kawen dengan Hanafi. Agak2 bila aku boleh dpt anak buah ye..hihi..peace hawa..=)


13. Pesanan buat orang no. 6?
kawen jangan lupa jemput ye farah...eh2, cop. Calon dah ada ke? ;P

14. Kata-kata cinta buat orang no. 2.
erk? apakah? aku tak les...hahaha...peace net..;P


15. Adakah orang no. 7 & no. 8 mempunyai persamaan?
yup...dua2 wanita....=)


16. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang no. 1?
- dia sayang aku.
- dia rindu aku.
- dia sure ckp aku perasan bila baca nie.
- pastu dia sure gelak dorang2 kt bilik.
- then dia msj or chat kt fb...hahahhahahhaha..;p

 17. Persamaan antara kambing & lembu.
haiwan kesayangan orang di no. 2...kn net kn..peace...haha


18. Perasaan anda ketika menjawab tag ini.
bersungguh-sungguh macam jawap soalan exam. Agak2 berapa markah aku dpt ye..


19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
Rizman mana 1 nie.


20. Gay @ les?
aku pilih @....boleh kan?




La, habes dh ke? Sikit betul. Next time bg la 30 ke 50 soalan. Baru mencabar. So kepada semua yg dah di tag selamat menjawab...^_^


Sekian, terima kasih.

March 09, 2011

HEARTBEAT...

Assalamualaikum...
Morning korang...


Hari nie akibat pengaruh CIK EPAL aku pon dah pasang HEARTBEAT.

Untuk pengetahuan korang benda nie macam nuffnang jugak. 

So if korang rasa nak pasang boleh la jenguk blog CIK EPAL nie.

Macam aku cakap dalam ENTRI yg lepas CIK EPAL memang tak kedekut ilmu.

Kadang aku rasa macam dia nie cikgu aku pulak.

Banyak benda aku belajar dr dia.

So, korang selamat mencuba.
 


note : Cantek pulak tarikh 20.11.2011. Hari pon Ahad. Hmm..


March 08, 2011

BLOG KESAYANGANKU VERSI GIRLS..

Disebabkan dah lama tak update blog today nak update byk2. Agak2 boleh kalahkan entry ABG BEN ASHAARI. Oh, tidak. Beliau terlalu bagus + idea sentiasa mencurah ke ladang gandum untuk aku kalahkan. Tapi kalau MONET mungkin. Hai net. Today aku baru update 2 kali. Ko ada? takde kan. So aku belagak sikit hari nie.haha.


Okay, aku nak share dgn korang blog yg sentiasa aku ikuti. Means kalau on jer pc @ laptop aku akan singgah blog dorang dulu. Aku bahagi kepada 2 bahagian la ye. Senang sikit. Lelaki dan perempuan. So aku start dgn blogger perempuan dulu okay.



BLOG KESAYANGAN (P)


siapa yang tak kenal dia. Dah la cantek, baik, merendah diri pulak. Paling terharu tiap kali aku tweet dia kat twitter tak pernah dia tak balas. Terharu wei. T___T


yg nie pon kalau korang tak kenal taktau la. Hisy, rugi betol. Pendapat aku la, beliau nie boleh dikatakan BEN ASHAARI versi perempuan. Comel tau dia nie. Tak kedekut ilmu. Selalu share input berguna.


fenomena beliau terjadi sejak kemenangan Malaysia. Gara2 kehebatan kekasih hati iaitu KHAIRUL FAHMI CHE MAT. Tapi yg best dia tetap rendah diri & layan semua orang. Entry pon menarik.


nama secantik orangnya. Sangat sempoi orang nyer. Hope dapat jumpa dia one day. Sebab my cousin kenal dia. hikhik..suka2...kena bodek my cousin nie. haha...ewa...plzzzzzz...nk jumpa FL..=)


yg nie kwn baik aku. So wajib la aku baca blog dia kan. Itu jer cara buat aku rasa dia dekat dgn aku. Tapi skrg dia dah jarang update. Busy kot. Takpe la, as long as tak lost contact sudah. =)


nak buat 5 jer sbnr nyer tapi mcm tak adil pulak. Sebab blog nie pon ari2 aku bukak. Dulu masa sekolah cikgu2 cakap muka kitorang sama. Sampai keliru bagai. Sama ke masalah nyer. haha..peace net..;P


okay, itu senarai wajib blog yg akan aku baca. Byk sebenarnya. Jgn korang ingat aku nak baca blog korang pulak. Aku baca tapi senarai di atas nie yg paling kerap aku baca. Sure korang pon ada kan. Tak mo kecik hati ye. So, cukup setakat ini.



SEKIAN, TERIMA KASIH.