SI KACAK & SI CANTIK

August 22, 2011

HOLIDAY!

SALAM & HAI.


Tetibe today ada free sikit. So, aku nak share sikit pasal today aku ke Langkawi yang dah berkurun tu. haha.. tau-tau, memang dah lambat giler tapi tak kisah. nak update gk.. Malas nak citer panjang meh layan gambar.



*1st day. @ Subang Skypark. *


Sebelum naik flight kitorang sempat makan dulu. Then dalam flight pon melantak lagi. haha..


* sebelum naik flight. Sempat lagi kan*


*selamat sampai Langkawi*


Okay, nie first time aku naik flight. Thankz kat makcik tunang yang bagi tiket free. haha.. kalau tak entah bila aku nak naik flight. Pengalaman pertama memang teruja + takut. Teruja sebab tengok pemandangan bawah. Hijau + cantek sangat. Kagum. Takut sebab macam2 aku pikir. kalau terhempas macam mane? kalau mabuk macam mana? haha.. si tunang siap gelak tengok muka pucat aku. Tapi aku cover la kan. Buat-buat takde ape. Padahal.. haha...;p (okay, now dah kantoi. Tunang dah baca blog. Misti kena bahan nie. kui2)



*sampai jer terus cari kereta then pergi Langkawi Geopark*


*me & tunang*


*hari ke-2. @ jetty. tunggu bot*


Untuk hari kedua, aktiviti lebih kat laut & pantai (island hopping). Tak mahal pon. And yang penting sangat best okay. Maybe next time kena try ke Pulau Payar pulak. Memang tak cukup rasa kalau bercuti 3 hari ke Langkawi. Next time nak pergi 1 week plak. hihi.. =)



*aktiviti last di laut, mandi!*


*balik jer terus siap2 pergi ronda-ronda*


*@ kediaman Mahsuri with bakal akak ipar. hihi*


*me, kak iza & ucu*


Last day kitorang gerak awal. Sebab tiket flight t/hari. Lagi pun petang sampai malam sabtu kitorang dah shopping apa yang patot. Malam tu jugak dah siap2 kemas apa yang patot. Bangun pagi jer terus mandi & siap-siap nak balik. Tapi sempat jugak breakfast @ Pantai Cenang. Ada 1 kedai nasi lemak dia memang super duper best. Pagi sebelum pergi Island Hopping kitorang makan kat situ jugak. tu yang sebelum balik nak makan situ lagi. Takut mengidam dah balik kang. Kedai dia kecik jer, tapi macam-macam menu ada. Kitorang ingat just ada nasi lemak & roti canai. Tapi serius best!


*last day. @ Airport Langkawi. Nak balik dah*


*bye Langkawi. Hello Subang. =) *




For me, Langkawi adalah salah satu tempat percutian paling terbaik aku pernah pergi. Tak pernah jemu. If korang ajak aku berjuta kali pon insyaallah aku tak bosan. =)




Nota : Next trip insyaallah ke Pulau Pangkor after raya. Gigih nie simpan duit bonus. haha...;p




2 comments:

si eJa said...

Setuju sangat! Langkawi mmg sgt best. Untung akak dah jalan sane dengan encik tunang. Kite x pena lg pergi Langkawi dgn encik boyfriend kite! Huhuhu

ZaTiE AsHaR said...

hihi.. tiket nie pon free.. tunang bg.. makcik die sponsor.. klu tak xde la.. =)