ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.
Sebenarnya tajuk takde kaitan..haha.. Tapi memandangkan time buat this entry keluar lagu Sedetik Lebih dari Anuar Zain terus terfikir nak buat sebagai title entry ini. Aku nak story pasal perjalanan me, my mom, my bro & my sis, SYIROS ke Uitm, Kelantan. Kitorang gerak Jumaat pagi. Dalam 8lebih. So, macam biasa aku story by hari. Senangkan.
JUMAAT.
- Kitorang gerak dalam 8lebih. Tolak patah balik rumah sebab barang tertinggal (normal bila nak jalan jauh..haha..) dalam pukul 9pg jugak lah baru gerak ke Machang, Kelantan. Adalah beberapa kali kitorang stop. Isi minyak, lunch @ Bentong, buang apa yang patot (erk? patot ke tulis) DLL.
- Kitorang sampai Machang dalam 4ptg. Sebabnya, aku bawak jalan entah mana-mana. Haha..funny okay. Maklumlah, selama nie kalau pergi Kelantan naik bus. Dalam bus tidur. Nan ado nak tengok jalan kan. So, bila terdesak nie gasak. Redah jela jalan mana pun. Janji sampai. Serius time nie tak ingat langsung kt my hp ada GPS. Dah sampai Kelantan baru teringat. Haha...bising my mom bila tau. Lepas tu pergi mana-mana adik aku, Adam suruh aku gunakan GPS. Senang katanya.
- Sampai sana terus pergi UITM dulu. Sebab dorang kata ada sediakan penginapan. Bila dah bayar, semua tengok bilik. Adik & my mom taknak pulak bilik itu. Yang adik aku sebab takde tv. Plus laptop pon tak bawak time tu. My mom pulak sebab toilet jauh. Plus takot nak bangun sorang if nak ke tandas. So, untuk tenangkan hati keluar cari barang kat Kota Bahru.
- Dalam perjalanan merungut masing-masing. Haha, so apa lagi. Balik jer dari shopping terus jadi hotel. Alhamdulillah, dapat. Hotel betul-betul depan UITM. Terbakarlah duit yang dah bayar untuk penginapan dkt UITM tue.
- Seawal pagi kitorang dah bangun. Malas nak beratur panjang time pendaftaran. Pukul 7.30pg gerak ke UITM. Time datang pendaftaran belum bermula. So, my sis isi borang apa yang patot. Terus dapat geng dari Johor. And dorang sama bilik. Kt blok Tun Hussein Onn (THO3). 3 tue makna bangunan ketiga. (kot. haha). Bilik no 202. Hambek. Siap nombor bilik. haha.. Tapi 1 week jela. Pastu pindah bilik lain. Pandai-pandai dorang nak angkat barang nanti. Dahlah banyak. Kitorang pon angkat 3 orang. Sampai nak pengsan kot. haha..
- So, kenal-kenal dengan budak yang 1 bilik dengan my sis. Sorang dari Johor yang jumpa time pendaftaran (sebab dia duduk sebelah kitorang). Sorang lagi dari Kelantan. Then kemas bilik + pasang cadar + semua yang patot. Siap semua aku, my mom & my bro pergi ke Pekan Machang. Cari barang yang kurang. Ada jer yang kurangkan. haha.. Hampir t/hari kitorang balik hostel. Hantar barang kat my sis + bagi makanan sekali. Ketuk-ketuk bilik takde orang jawap. Bila call rupa-rupanya dah merayap budak-budak nie. Cari geng kat bilik lain. Adeh, hampeh jer..
- So, carilah my sis dekat bilik bawah. After pesan apa yang patot kitorang pun gerak ke hotel. Time nak balik itu rasa macam nak nangis pun ada. Yela, jauh kot adik aku belajar. Time aku dulu pun dekat Melaka jer. Tapi takpe, demi masa depan dia jugak.
- Sampai hotel terus makan, mandi and buat apa yang patot. Adik aku, Adam siap tidur. Mama baca majalah. Aku tengok tv jer sampai mesej BF, tapi kejap jela. Sebab dia nak gerak pergi Nilai. Mama pulak after bayar hotel untuk 1 malam lagi join Adam tidur. Dah aku mati kutu. Tak tau nak buat apa.
- Then dalam 3ptg kitorang gerak ke Rantau Panjang. Macam biasa mama nak shopping la kan. Mama sibuk cari kuali, periuk, belanga + sudip, senduk entah apa-apa lagi. Adam pulak sibuk dengan cari baju untuk adik aku sorang lagi, Nabil. Dia tak ikut sebab kereta tak muat. haha...aku pulak cari makanan. Lapar kot..haha.. Macam mana tak gemuk kan.
- Lewat petang kitorang gerak balik ke hotel. OTW balik singgah gerai tepi jalan. Beli keropok and lain-lain untuk buah tangan jiran. Macam biasa aku tetap cari makanan. Haha..over kan. Stop kat 1 kedai nie dia ada jual bahulu. Panas-panas lagi okay. + bau yang sangat menggoda nafsu makan aku. Apa lagi beli la kan. Serius sangat sedap. Then Adam bagi idea nak gerak ke Terengganu malam tue. Bising mama sebab Adam tak bagi tau awal-awal. Yela, dah bayar duit untuk 1 malam lagi. Membazir jer. Adam pulak cakap sape suruh tak tanya dulu. haha... macam-macam. Terus plan bulan depan nak datang lagi. haha...;p
- Sampai jer hotel terus mandi. Then mama ajak pergi makan. See, makan lagi. Baru 2 hari berat dah naik 2kg okay. Haha.. bagi tau BF terus dia bising suruh diet. Yela-yela...nak diet la nie... Kalau rajin.. hahahha...;p
AHAD.
- awal pagi dah bangun. Kemas apa yang patut. Then kitorang bertolak balik ke Selangor. Sebelum tu singgah makan dulu. Pagi-pagi dah makan nasik kerabu. Serius sedap. Ikutkan hati nak tapau jer. hahah..boleh tak? ;p
- kitorang gerak dalam 8pagi. 2 petang dah sampai rumah. Sempat jugak singgah Pizza Hut Kota Kemuning. Tapau bawa balik untuk kitorang and dorang yang kat rumah. Mama malas nak masak. Yela, dh penat takkan nak masak kan.
Itulah cerita aku kat Kelantan. Gambar ada tapi tak tau apa masalah tak boleh masuk dalam laptop. Dah okay nanti aku update ye. Next time plan nak ke Kelantan lagi. Tapi kali nie semua pergi..^__^
No comments:
Post a Comment