SI KACAK & SI CANTIK

April 04, 2011

PERCUTIAN TERHEBAT.

Wah, tajuk macam apa kan. haha. Hai korang. Sedia maklum last week aku holiday ke Melaka. Tapi tak holiday sangat la. Sebab 2 hari jer. Sabtu pagi gerak then Ahad petang dah balik sini. But i really enjoy. Even sekejap tapi aku tetap rasa nikmat bercuti. Yela, asyik kerja jer kan. So, meh aku share sedikit sebanyak kisah holiday aku untuk kali ini.



JUMAAT.
  • memandangkan Sabtu nak gerak awal pagi, so aku buat keputusan untuk tumpang tidur di rumah makcik FH. (aku panggil dia ucu)
  • tapi sebelum tue sempat singgah ke UPTOWN SHAH ALAM. FH nak cari selipar. Tapi tak jumpa pun. Kitorang makan jer dekat sana. Dalam pukul 10malam sampai rumah ucu.
  • then apa lagi mandi, tukar baju & solat. Entah macam mana time tunggu FH call boleh pulak tertidur. Konon nak borak dengan ucu. Hihi. Sorry ucu.

SABTU.
  • seawal 6.30pg dah bangun. Konon nak gerak awal. Tapi KL mana boleh. Keluar awal mana pun tetap ada jam. Then ambil Redha & Huda dekat Flora Damansara. Terus gerak ke Melaka. Dalam pukul 10pagi kitorang gerak ke Melaka.
  • tapi memandangkan semua belum sarapan kitorang stop dekat R&R Seremban. Selesai semua kitorang gerak ke Melaka.
  • sampai Melaka dalam pukul 12t/hari. Terus cari hotel. 2,3 hotel jugak kitorang pergi. Tapi last sangkut dekat Ayer Keroh D'village. But yang tinggal bilik hotel jer. Ikutkan kitorang nak chalet. Luas sikit. Tapi takpe. Janji selesa.
  • dapt jer kunci apa lagi terus jer ke bilik hotel. Kemas apa yang patot. Plan nak keluar makan t/hari. Tapi hampeh. Semua lelap. Haha.. Pukul 4ptg tersedar lepas Redha call ajak keluar makan. Time tue perut jangan cakap la. Memang lapar betul.
  • pukul 5ptg baru keluar hotel. Dalam kereta semua dok fikir nak makan apa. Plan asal nak makan rojak tapi boleh pulak rojak habis. Tapi salah kitorang gak keluar lambat. Maklumlah tempat tue popular. Memang habis awal.
  • akhirnya aku & Redha makan mihun sup. FH & Huda makan mee kari. (eh2, macam mana leh tertukar kapel nie). Serius mihun sup dia sangat sup. Itu baru betul nama mihun sup. Korang pun patut cuba. Gerai kecik jer, tepi jalan dekat area Pantai Puteri. Tapi sesiapa tak makan pedas tak digalakkan pergi. Sebab serius pedas.
  • habis makan macam biasa, ambil gambar. Mana tak, pemandangan waktu petang kat tepi pantai sangat terbaiklah. Tapi holiday kali nie aku rasa macam jadi offical photographer (OP) untuk Redha & Huda pulak. Sebab banyak gambar dorang. hihi..;P
  • sebelah malam pulak kitorang pergi ke Mahkota Parade sebab FH & Redha nak cari selipar. Then terus lepas gian pergi karaoke. Macam dekat sini takde pulak kan. hihi... 2jam jugak kitorang bantai nyanyi.
  • pukul 11mlm kitorang gerak ke kedai makan. Takde hala tuju lagi. Sebenarnya plan nak surprise untuk birtfday FH tapi sebab last minit Azam ada hal so aku & Redha agak buntu nak fikir next plan. Bayangkan tinggal beberapa jam jer lagi boleh Azam kata dia kena pergi KL. OMG...apa nak buat nie. Dah lah tau dalam kereta, kang kantoi pulak kalau cakap. So, buat tak tahu.
  • bila nak plan benda lain Azam pulak kata tak jadi. Hisy, terus geram tau. Lastly buat keputusan takde kejutan, just sambutan. Tapi still tak bagi tau FH. Kebetulan time Azam bagi tau tak dapat join Tyson ajak keluar makan sama dengan Hatim & Lokman sekali. So makan London Seafood sambil makan kek.
  • kek Redha ambil lambat. Lepas makan baru dia ambil kat kereta. FH agak terkejut. Tyson, Hatim & Lokman pun sama. Siap tanya birthday siapa. (apa punya kawan lah dorg nie). Hatim cakap nape tak bagi tau awal boleh sambut tempat lain. Tapi memang tak boleh nak cakap sebab FH always dengan aku.
  • FH kata dia terharu sebab aku sambut birthday dia walaupon awal nya aku cakap takde sambutan untuk dia tahun nie. Tapi dia kate dah boleh agak sebab hampir kantoi gara-gara Azam.
  • selesai semua balik hotel. Sampai bilik dekat pukul 2pagi. So apa lagi masa untuk zzzzzzzzz...

AHAD.
  • plan nak pergi breakfast yang hotel sediakan. Maklumlah termasuk sekali, tapi masing-masing terbabas sampai 10pagi. hihi. Buruk perangai masing-masing kan. Aku dah terjaga pukul 8.30pg. Tapi mesej budak lelaki tak berjawap apa lagi sambung tidur balik..hihi.
  • akhirnya buat keputusan gerak after check out jer. Pukul 12t/hari kitorang gerak. So faham-fahamlah kan kitorang pergi mana lepas tue. Lunch time. Kitorang makan dekat Bukit Katil. Tak tau pulak mana kedai itu tapi kitorang panggil kedai kari kepala ikan. Memang sedap makanan dia + banyak pilihan. Murah pun murah.
  • next lokasi pergi Jasin, rumah mak angkat aku & Redha. Sebelum tue beli kuih muih as a buah tangan ke sana. Aku & Redha ingat-ingat lupa jer rumah mak angkat kitorang. Maklumlah hampir 2 tahun kot tak datang sana. Abang angkat aku pon dah ada 2 orang anak. Aku datang masa dorang kahwin. Lama tak lama. Nasib mak angkat ingat aku lagi. hihi. Boleh nampak reaksi gembira dorang. Dorang cakap kadang-kadang terpikir pasal aku. Entah aku ingat entah tak kat dorang. Terus sebak. Sampai macam tue sekali kan. Sorry mak...T____T
  • tak lama lepas tue gerak ke rumah mak angkat Redha pulak. Tapi dorang takde kat rumah. Sibuk hantar kad jemputan kahwin kot. So singgah rumah mak angkat Azam sambil tinggal kan pesanan untuk mak angkat Redha. Then gerak ke rumah Faz pulak. Sebelum tue sempat jugak singgah Mydin.
  • Lewat petang gerak balik Selangor. Sempat singgah gerai tepi jalan beli buah tangan. Ikutkan memang tak puas. Tapi okay la. Sebab matlamat utama nak pergi rumah mak angkat. Yang lain sampingan jer. Next trip kami berempat plan nak pergi Pulau Tioman pula. Insyaallah bulan June nie. Ikotkan Redha ajak bulan 5 tapi aku nak pergi Langkawi. So tunda. Takpe janji pergi kan..

Oh ya, aku sampai rumah dalam pukul 5ptg. Penat tapi enjoy. =)



note : gambar update later ye sebab belum dapat dari FH lagi..

No comments: