SI KACAK & SI CANTIK

March 24, 2011

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN + PENGALAMAN AS A PENGAPIT

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.


Entry ini dah lama terperap. Tunggu masa aku untuk publish jer. Tapi nak publish pon ambil masa. Maklumlah, penyakit M (malas) menyerang. Haha...;P

Ok, aku nak story pasal the wedding & pengalaman aku jadi pengapit. Kalau tengok macam mudah jer kan jadi pengapit. Tapi bila dah jadi baru rasa susah jugak jadi pengapit. Bidang kerja tak terhad kepada kipas pengantin, posing depan kamera (perasan macam sendiri yang kahwin), teman pengantin makan beradab. Banyak lagi sebenarnya.

 
Untuk memudahkan korang baca & tahu aku senaraikan ikut hari okay.
JUMAAT.

  1. Aku sampai pukul bapa berapa pun dah tak ingat. Tapi malam la. Hantar kuih bahulu + periuk kuali segala benda. Sampai jer terus tolong my cousin, Ila cucuk bunga telur dengan pasu. (pasu kot). Sambil borak plus elektrik putus entah berapa kali siap jugak cucuk bunga telur.
  2. Then Anis (pengantin) mintak tolong pakaikan inai. Giler ke hape dia nie. haha. Tak pernah kot aku buat. Tak jadi inai kang. Lama gak bertafakur + muhasabah diri. Biar betul nak buat nie. Tak lawa kang mati den. Sampai Dira yang tidur sebab demam pun boleh terjaga. Terus sihat. Haha..
  3. Last sekali aku panggil Ila. So dia yang buat & member dia. Aku tolong tengok jer. haha..
  4. Tak lama lepas tue balik. Jangan tanya balik pukul berapa. Memang takde dalam senarai memori aku.


SABTU.

  1. aku sampai dalam pukul 2ptg. After balik kerja. Sampai jer tolong dekat bahagian dapur dulu. (nak makan kena tolong dulu.hehe).
  2.   
    baru sampai, muka penat baru balik kerja.
    
  3. Dah kenyang kenalah buat kerja kan. Naik bilik pengantin tenguk apa boleh dibantu. Sekali kena tolong buat hantaran. So, okay la. Tolong tengok jer. Bukan susah. So aku rela hati nak tolong tengok. Sampailah dia suruh aku buat SIRIH JUNJUNG.  Giler..tak pernah aku buat. Ok, fine. Memang banyak benda aku tak reti buat. Sila gelakkan aku sekarang. Tapi takpe, aku try buat gak dengan Dira. Boleh la. Cun jugak walaupun dalam masa yang singkat kitorang buat. Puas hati sangat. Majlis aku nanti boleh buat sendiri. hehe..
  4. ini kot sirih junjung nyer. Ke nie dr pihak lelaki?
  5. Dalam pukul 7mlm siap semuanya. Apa lagi balik rumahlah. Siap-siap apa yang patut. Maklumlah dah busuk since dari pagi kan. Pukul 8.30mlm sampai sana. Sebab dah cun melecun (ok, perasan) plus wangi (pakai AuraLife okay) aku decide taknak duduk dapur. Haha. Malas betul anak dara sorang nie kan. So terus gie bilik pengantin. Tak lama lepas itu sepupu kitorang panggil suruh turun. Imam dah sampai. Paling kelakar sepupu aku dalam pada seram sejuk sempat paling posing sebelum turun. Maybe nak hilangkan gemuruh kot.
  6. 
    kredit pic to my cousin, TAQWA. Serius aku suka pic nie.=)
    
  7. Sebelum akad dengar tazkirah (ke khutbah) dr imam. Nasib tak boring. Sebab agak lama jugak. Time akad nikah memang saat mendebarkan. Plus aku pon sekali berdebar. Tangan & kaki sepupu that time memang dah sejuk habis. Aku rasa macam pegang ais pon ada.
  8. Alhamdulillah, dengan 2x lafaz mereka (FARED RAIHAN & NORANISA) sah menjadi suami isteri. Time ini aku kena main peranan. Maklumlah sepupu aku (pengantin perempuan) after akad nikah bergenang air mata. Maybe terharu + syukur. (aku dh la tak buleh tgk orang nangis, rasa nak nangis sekali) So, aku tenangkan dia.
  9. 
    kredit to TAQWA jugak.
    
  10. Acara batal air sembahyang pon aku kena bagi gelang & rantai kepada pengantin lelaki untuk dipakaikan ke pangantin perempuan. Sempat jugak selit masuk dalam gambar diorang time nie. haha..;P
comel  jer aku ambil rantai tue. haha..;P


 
Banyak lagi nak share nie tapi tunggu next entry ye. Aku story untuk big day punya iaitu hari persandingan. 



HAPPY READING.





No comments: