SI KACAK & SI CANTIK

March 25, 2011

LAGI TENTANG WEDDING....


ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.



Ok, continue ENTRI INI aku nak story pulak pasal big day iaitu hari persandingan buat RAJA SEHARI.



AHAD.

  1. Hari itu pun aku datang agak lambat. Haha..perasan tak aku always datang lambat kan. Bukan sengaja tapi ada jer hal. Kerja la, itulah, inilah. Dan ahad itu aku teman my mom pergi kenduri kahwin sekitar area rumah. 3 rumah jugak la kitorang sempat pergi. Yang lain tak pergi, takut lambat pulak gerak ke rumah my cousin nanti.
  2. So, sampai jer rumah my cousin terus naik bilik pengantin. Eh2, tapi sebelum itu salam dulu pakcik and makcik kat dapur. Tak sopan ye rakan sekalian kalau tak salam. Tak bagus tu, jangan amalkan. Time aku naik pengantin perempuan tengah di make up. Yang pengantin lelaki pula sibuk dengan handphone beliau. Agaknya baca ucapan dari rakan-rakan kot. (ke bukak facebook? keh2..) Ada jugak orang telefon. Maybe tanya arah nak ke rumah pengantin.
  3. Bila dah bosan tengok muka pak andam (ke dia yang bosan tengok aku?) aku turun bawah jap. Tenguk aku boleh aku tolong. Tempat dituju macam biasa..DAPUR. Tapi tak buat apa pun. Lebih banyak borak dari tolong. haha..
  4. Bila dah bosan dekat dapur (serius aku memang cepat bosan) jenguk bilik pengantin balik. Time itu pengantin lelaki dah hilang. Tak sempat tanya dia pergi mana. haha.. Pengantin perempuan pula masih bersiap. Then turun balik hantar barang dekat khemah. That time aku dengar bunyi kompang. Tapi dalam hati kata mesti budak-budak nie tengah berlatih. Sampai la makcik aku tepuk bahu tanya mana pengantin & suruh dia turun cepat. Tak mengelabah kau.
  5. So apa lagi terus naik atas panggil pengantin. Dah la tak siap lagi. Adoi, aku pulak yang menggelabah. Kelam kabut aku ambil kasut, payung, kipas & barang lain. Time itu memang dah tak pikir apa. Aku redah jer. Dengan peluh dah makin menitik (hilang keayuan i tau) aku buat jer. Sampai nak pegang payung & kipas pon dah tak tau. Janggal giler. Serba tak kena aku rasa. haha.
  6. Dengan cuaca yang panas + ke sana ke mari memang berpeluh habis kitorang termasuk pengantin. Tapi dah nama raja sehari, pengapit berpeluh takpe. Jangan pengantin. So atas pelamin memang kelakar. Kitorang berempat jer yang tahu. (pengantin + pengapit). Aku siap boleh mintak tisu kat cousin, Dira. Sebab tisu nak lunyai. Fareed (pengantin lelaki) sempat gelakkan kitorang (pengapit). Sebab kitorang paling berpeluh. Ini bukan sebab gelabah ke apa tapi sebab nak pastikan keadaan pengantin sempurna kitaorang jadi macam nie. 
  7. Tapi lama-lama okay dah. Air-con pun dah pasang. Sejuk sikit. Terus jer sesi tepung tawar. Mak ayah pengantin lelaki yang start dulu. Then adik dia terus ke sedara mara kedua-dua belah pihak. Makan beradap pun aku join. Pengantin pun sporting, makan sampai habis. Lapar punya pasal. Memang takda cover mereka nie. haha.. Bagus la kan. 
  8. Terus ke sesi baling gula-gula, ambil gambar di pelamin hinggalah ke sesi jumpa tetamu. Time nie dapatlah pengantin kenal tetamu yang hadir. Bagus jugak kan. Takda la terperap dalam rumah jer. So tugas aku sampai situ. Lepas itu aku habiskan masa melantak dekat dapur. Haha..lapar kot. Dari sabtu aku kurangkan makan. Nak jaga badan konon. Bukan apa takut baju tak muat. haha.. Maklumlah baju beli siapkan. Kalau buat lainlah, boleh besarkan sikit. Kira lepas majlis memang makan habis-habisanlah. Ke sebab makan ramai-ramai jadi sedap yerk? Pape jela.
  9. Lewat petang baru kitorang balik. Sebelum itu biasalah kalau makcik & makcik aku berkumpul. Memang huru hara. Fun giler. Sebelum balik sempat jugak tulis ucapan dekat buku ucapan pengantin. Sabtu nie kitorang akan ke Raub, Pahang untuk majlis belah lelaki pula. Aku masih jadi pengapit. So nanti aku update cerita di sana pulak ye.


Oh, ya. Picture aku masuk dalam next entry ye.


HAPPY READING 

No comments: