27.02.2010 yang lalu seorang rakan yg berpangkat pakcik kepada aku iaitu Shahrul Raimi bin Jais (Amy @ Lomam) telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 4.00ptg. Arwah dikebumikan pada keesokkan hari jam 9.30ptg.
Kematian arwah adalah disebabkan kemalangan jalan raya yg dialami Khamis lalu di jalan Klang-Shah Alam jam 10.00mlm. Bagaimanapun keluarga hanya mengetahui berita ini pada Jumaat jam 10.00pg setelah diberitahu oleh pihak polis cawangan Telok Panglima Garang. Dan ketika itu jugalah keluarga arwah bergegas ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Sebaik sampai di sana doktor pakar memberitahu kpd keluarga arwah bahawa keadaan arwah sgt kritikal & perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana pakar yg lebih mahir ada di sana.
Hari itu juga keluarga arwah uruskan segala urusan pemindahan arwah ke HKL. Manakala aku hanya mengetahui keadaan arwah pada sabtu ptg ketika melawat kakak arwah (makcik aku) di Hospital Banting (HB). Dan ari ahad lalu mak aku merancang untuk ziarah arwah di HKL selepas pulang dr kenduri kawen. Tapi ALLAH S.W.T lebih sayangkan arwah. Tak sempat kami nak tengok arwah buat kali terakhir. Tapi nasib baik kakak arwah yg berada di HB dpt pelepasan dr pihak hospital untuk pergi ke HKL. Apa yg menyedihkan arwah seolah2 tggu kehadiran kakak nyer itu. Kerana arwah menghembuskan nafas terakhir slps kakak arwah berjumpanye. Sempatlah melihat keadaan arwah 2,3 kali.
Aku dtg ke rumah arwah jam 5ptg iaitu sebaik saja dpt berita kematian arwah. Sebak rasa hati time 2. Akak2 arwah masih dalam keadaan terkejut. Nasib ada kakak ipar arwah yg bersedia menguruskan arwah. Yela, sapa yg tak terkejut kalau tiba2 dpt berita kematian adik sendiri. Sementara menungga mayat tiba, pelbagai cerita dr kakak & rakan arwah dpt aku dgr. Rupa nyer arwah telah tunjukkan tanda2 awal pemergiannyer. Hanya slps kematian arwah semua baru disedari. Mmg sayu suasana time tu. Tepat 11.20mlm arwah selamat tiba di rumah. Sebaik tiba bacaan tahlil & surah yassin kedengaran. Dalam 12lebih aku pulang ke rumah.
Besoknya (Isnin), seawal pagi aku telah ke rumah arwah utk bantu apa yg patot. Alhamdulillah ramai juga yg dh dtg. Rakan2 arwah pun ada. Tp aku tak pasti sama ada rakan2 arwah mmg tak balik sejak mlm td @ baru dtg. Aku mmg kagum dgn rakan2 arwah yg ttp setia di sisi. Ramai betul yg dtg. Untung arwah ada rakan2 yg begitu. Dgr kata dr kakak ipar arwah, rakan2 arwah jgk yg bersusah payah bantu ketika di HKL. Mandikan jenazah & bersolat jenazah sekali. Tersentuh hati aku. Aku terfikir andaikata masa aku tiba nanti, adakah rakan2 di sisi aku kini akan jd seperti rakan2 arwah. Setia di sisi arwah hingga ke akhir hayat nyer. Segala urusan arwah amat mudah sekali. Berjalan lancar. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T izinkan segalanya.
Semoga arwah dicucuri rahmat senantiasa. Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment