SI KACAK & SI CANTIK

May 17, 2012

Persiapan Perkahwinan #Part1

Salam & Hai semua.



*kredit pic : SweetCraft *



           Entri pendek untuk hari nie. Semalam merupakan hari pertama secara rasmi aku buat kertas kerja untuk my wedding. Itu pon sebab adik aku Syera Ashar dah tolong beli kan buku ;p haha... Macam apa jer. Tapi aku cuba buat jugak. Tak siap lagi pun. Buat sikit-sikit. Aku kumpul maklumat dari blog B2B yang lain & masukkan dalam 1 folder. Then malam tadi start buat dalam versi aku sendiri. Buat dalam laptop & dalam buku jugak. Buku senang nak bawak ke mana-mana. Plus senang jugak nak tunjuk dekat en. tunang. Hope buat hangat-hangat tahi ayam la ye.. haha.. Dah siap nanti aku update kat blog ye. ;)



Nota : Itu jer nak cakap. Kata entri pendek kan ;p


May 03, 2012

Peringatan Buat Bakal Pengantin!

Salam & Hai Korang.



*mood malam tadi. letak pic baby sebab feeling aku nangis cute mcm baby. haha *



Sebenarnya ini kes malam tadi. Dan aku tau lepas en. tunang bagi tau. Tapi memang buat aku sentap habis. Kisah nie pasal my friend yang nak kahwin bulan nie. Then aku pon dengan baik hati offer diri nak tolong apa yang patot. Since aku pon nak kahwin so aku faham busy & tertekan nyer Bride To Be nie. Maybe dapat ringankan beban & tanggungjawab dia.


So dia pon ajak aku teman dia beli baju nikah. So aku okay jer. Tapi mulanya dia mintak aku yang ambil dia. Maknanya bawak kereta aku la kan but dia bayar duit minyak. If kereta aku okay, aku takde masalah. Tapi sebab cermin kereta retak so tak berani nak bawak jauh. Pecah kang satu hal pulak kan. Aku pon cakap kan dia & suruh dia pakai kereta dia jer. Lagipun bukan dia takde kereta kan. Tapi dia cakap makcik dia nak pakai. So fine la.


Then dia cakap takpe, tengok macam mana. Dia akan confirm balik dengan makcik dia. Aku pon sebagai persediaan dah bagi tau awal-awal dekat my mom. Takot my mom ajak pergi pasar malam kan. Lepas balik kerja aku terus siap-siap makan & mandi. if dia ajak pon aku dah siap. Tak jadi pon takpe la. Sebab dia dah cakap makcik dia pakai kereta kan.


Sampai malam dia tak mesej. So aku andaikan tak jadilah teman dia. Sampailah aku call en. tunang & story dekat dia pasal plan tak jadi aku tue. Sekali en. tunang cakap, " eh, bukan dia pergi dengan si polan ke tadi? b baca dekat fb si polan."

Reaksi aku --------> WHAT THE ...........


Okay, maybe pada korang benda nie simple. Tapi pada aku dah MENYUSAHKAN. SERIUS. SENTAP terus okay. Padahal dah janji dengan aku. If dia tak mesej & benda tue cancel aku okay jer. Tapi dia cancel dengan aku then pergi dengan orang lain. Sepatotnya mesej la.


So kepada B2B lain, tolonglah ye. (peringatan untuk diri sendiri jugak). Kami faham kalau korang busy & terlupa. Tapi benda kecik macam nie pon boleh buat orang lain terasa hati tau. If korang dah janji dengan member mintak teman korang pls la bagi tau kalau tak jadi. Kalau mesej jer pon dah okay. Baru berapa sen kan. Tolong ye.. Thanks.



NOTA : ke aku sorang rasa macam nie??? *mood : sedih :( *

May 02, 2012

Tangguh Lagi :'(

Salam & Hai Semua.



*motif letak pic nie...sesaje. boleh? haha*
*kredit picture :  GOOGLE*




Terus kepada tajuk utama. *sebab mood sedih* Untuk pengetahuan, tarikh for my wedding kena tangguh lagi. Sedih kot. Hampir nangis jugak la. Tapi bila aku fikir balik, tak boleh pentingkan diri sendiri. Majlis bersamakan. So, harus la terima dengan redha. Still taknak share dengan korang lagi. Takot tangguh lagi. Malu mak nanti.. haha..



Di sebalik kesedihan tue happy la jugak. *padahal sedapkan hati sendiri kan* Kira banyak masa lagi untuk kumpul duit. <--- nampak tak? BANYAK MASA LAGI. Maknanya lambat lagi la kan. haha ;p takpe, positif zatie..positif ;)


So, kepada korang yang alami masalah macam aku (kena tangguhkan majlis perkahwinan) meh aku share cara aku hilangkan stress & sedih. takde la bagus sangat kan. Tapi maybe korang boleh try jugak :)

  • selalu fikir benda yang terjadi ada hikmahnya. Contoh, boleh simpan lebih banyak duit. Barang hantaran nanti boleh mintak yang mahal. haha. Contoh ye ;p
  • then always cakap dalam hati, sempat diet nie. hahaha.. sebab sebelum nie asyik berazam jer. tapi buatnya tak jugak ;p well.. zatie biasalah. =D
  • boleh start survey dari sekarang. haha.. giler gelojoh kan. Takde la, maksudnya boleh start dari sekarang macam usya harga untuk butik & hal-hal lain yang berkaitan. Boleh beli barang sikit-sikit jugak. Buat list siap-siap apa benda yang perlu untuk majlis.
  • pastu dah lupa.. boleh? hahaha.. tadi sebelum update blog panjang jer senarai. sekali dah update hilang terus. Tu la, taknak tulis siap-siap. Padan muka kau zatie. hehe.. Insyaallah nanti ingat aku update lagi ye.

Pape pon kena fikir positif jela. Anggap belum jodoh. Yela, semua urusan ALLAH S.W.T. Kita sebagai umat rancang jer kan. Jadi ke tak DIA yang lebih tahu. So, kita enjoy :)



NOTA : Ikutkan takde la lama mana. Tolak waktu bekerja + puasa + raya + hal-hal lain = tinggal beberapa bulan jer lagi. So, start plan dari sekarang. oh yeahh :)