SI KACAK & SI CANTIK

September 09, 2011

SYAWAL YANG TAK RAYA SANGAT!

Salam & Hai.


Tadi tweet nak ambil mood update blog. Tapi mood nie degil pulak. Lambat dia sampai. Malas nak tunggu aku update jugak la. haha..;p


Syawal tahun ini tak berapa nak raya sangat la. Pasal baju pun takda. So mood beraya sakan 0. Nasib mood beraya ke rumah orang masih ada. Mau tak, tiap rumah aku pergi misti aku makan. Bukan kuih okay, tapi makanan wajib hari raya. Gile tak gemuk kau. Puasa sebulan turun 3kg. Raya 2 hari naik 5kg. Macam mana? Haram rosak diet aku raya nie. Tapi pelik jugak bila member yang datang beraya kat rumah cakap aku kurus. Dalam hati terus salahkan penimbang. Aku kurus lagi la wei... hahahaha..



Aktiviti raya tahun ini padat jugak la. Tapi lagi padat dengan aktiviti makan-makan. haha. Tapi sory, gambar tak upload. Ada sebenarnya, tapi giler berat la. Aku rasa aku lagi ringan kot. haha.. Okay, mood raya aku = mood perasan. So abaikan jer. =D


1st Syawal : raya rumah sendiri dulu. dalam t/hari raya rumah wan yang paling jauh. Depan rumah kot. Jauh tue. haha.. Then beraya rumah makcik-makcik kat Klang. 2 rumah jer.. tapi lamanya tak payah cakap la. Biasalah mak aku, dah jumpa adik beradik kan. Borak kalau boleh sampai nak tidur sanalah.


2nd Syawal : aku balik Banting. Kampung belah mak aku. Sampai petang, then makcik-pakcik aku beraya rumah. Malam kitorg pergi Andalas. Rumah pakcik aku. 1 hari nie beraya dengan adik beradik mak aku + cousin aku. Kecoh habis la.


Hari ke 3 kitorang dok rumah jer. Pasal pagi lagi dah der orang datang. Ramai kot. Time 2 rasa macam nak mintak tangan lebih a.k.a bibik. haha.. tak larat kot masing-masing nak buat kerja.


Hari ke 4 aku beraya dengan member sekolah rendah. Pergi rumah cikgu2. Padahal rumah diorang pun aku tak pergi lagi. haha.. Nanti kena ajak MONET.


Raya ke 5 (Sabtu) : hari paling sebel aku rasa. Jangan tanya sebel 2 apa. Aku pon tak tau. Adik aku, adam selalu cakap macam 2.. aku ikut jer. ;p Pagi-pagi nak hantar adik aku si SYIROS shopping kat jusco. Masa 2 aku rasa mata aku sakit kot. T/hari paling makan pizza + sup + meatball ape ntah. Melantak tak mengangak. Rasa muka pedih kot. Tunjuk kat mak aku, mama kata alahan kot. Malam lagi la. Aku rasa kalau bagi bantal memang lelap terus sampai minggu depan. Malam pulak kena hantar si syiros balik Kelantan. Lagi la. paling tak boleh bla bus lambat. Adeh, muka aku dah pedih nie. Mata sakit jangan cakap. Tapi aku tahan jugak. Sampai 10.30 aku memang dah tak larat giler. So, kitorang pun balik. Adik aku tunggu dgn member dia. Last2 pukul 12.00t/malam baru diorang naik bus. Bus 8.30mlm jadi bus 12.00 t/mlm. Perghhh! Tabah giler r tunggu bus.


Syawal ke 6 : ehem, malu nak cakap. haha.. mengade. Tunang aku datang dengan family dia. Best! =)


Syawal ke 7 a.k.a ISNIN : first day keje tapi aku MC. hahaha.. semua gara-gara alahan. tak pernah-pernah aku alergik dengan seafood, tetibe pulak tahun nie kena. dah kena puasa makan. Seafood tak boleh, kacang tak boleh. Tapi aku kadang makan jer. haha.. Boleh MC banyak-banyak. haha..;p


okay, dah nak habis lunch time. I tak makan lagi nie uols.. Lapar mak. hihi.. Selamat Menjamu Selera.. daaa




nota : besok raya rumah tunang pulak.. =)





No comments: