SI KACAK & SI CANTIK

September 27, 2010

* I'm Really Tired *

Kadang kala terdetik dlm fikiran utk sambung belajar... Saya dah cukup penat melayan pelbagai kerenah manusia dalam dunia pekerjaan. Terfikir saya alangkah bagus seandainya mereka mempunyai fikiran yang terbuka. Bukan nak kata fikiran saya sudah cukup terbuka tapi sikit pon jadilah. Cukup sekadar boleh berkomunikasi dengan baik & berfikir tentang sesuatu perkara dengan lebih terbuka & matang. Bukan saya bercerita tentang "BOS" saya kerana dia seorang yang sangat open minded. Katakan apa saja pasti dia bisa mendengar walaupun sudah menjadi lumrah kadang kala kita agak takut dengan "BOS" kitakan...^_^


Orang yang saya maksudkan adalah seseorang yang boleh dikatakan mempunyai jawatan yang agak tinggi dalam company saya. Selalu berlagak pandai walaupun hakikatnya indah khabar dari rupa. Merasakan apa jua yang dikatakan adalah benar & terbaik walhal semuanya dusta. Dan sentiasa mahu membuktikan hanya dia yang terbaik & boleh melakukan semua benda di dalam company walaupun pada akhirnya masih mengharapkan bantuan orang lain setelah masa suntuk. Dan paling menyakitkan hati apabila memandang rendah pada pekerja bawahan.


Adakah kerana aku, aku & aku nie berada di bawahnya maka dia boleh sewenang-wenangnya merendahkan kebolehan aku walaupun kadangkala dalam sesetengah hal akulah yang lebih tahu daripadanya? Maaf bukan niat saya meninggi diri tapi inilah hakikatnya. Setiap orang harus sedar bukan semua benda kita boleh lakukan dan setiap apa yang kita tidak tahu itu jangan segan silu untuk bertanya. Sering kali saya mengingatkan diri tentang hal ini kerana bimbang terlupa diri. Namun mungkin sudah lumrah dunia begitu dan saya harus mengakuinya..


P/S : mungkin ini dugaan saya. Orang lain mungkin berbeza. Tabahkan hati anda. Jangan nangis macam saya ye...^_^


No comments: