SI KACAK & SI CANTIK

October 21, 2010

+ Trip To Langkawi - Part 1 +

Disebabkan saya & rakan2 akan ke Langkawi december nanti maka saya amat teruja untuk membuat entry tentang tempat yang terkenal dengan lagenda Mahsuri itu. Cet, bahasa dah macam cikgu BM kn...terima kasih kepada cikgu Hamidah kerana selalu memberi markah A kepada saya..hehe...Ok2, kita teruskan ke chapter seterusnya.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Mana entry yang kau kecoh2 tue.. AIYAK...Sambung malam nanti la ye.. Dah tamat waktu lunch nie..hehe... tata uols...(perasan ada pembaca la 2).. ;)))

October 16, 2010

-----> DOKTOR oh DOKTOR <-----

Jam 8pagi tadi tiba2 reminder E72 aku bunyi... Sementara nak ambil hp kesayangan yang dihadiahkan oleh bapak sebab W910i den rosak tu jenuh dok fikir apa hari penting hari ni ye.. Serius hilang ingatan. Maklumlah malam tadi sedap sangat minum fresh oren sambil tengok GADIS MELAYU, sampai tak nampak semut dalam tu yang terkapai-kapai mintak jangan bunuh dia...*ok tipu jerk*


Bila dah tengok sekali appointment dengan doktor da. Serius doktor2 @ clinic tak pernah ada dalam hati aku. Pendek kata aku benci la. Panjang tak kata ape2 pulak. Seingat aku baru bape kali jer aku jumpa doktor @ yang sewaktu dengannya. Tu pon sebab time sekolah dulu...haha... Time dah besar ni a.k.a dah kerja jumpa doktor sebab nak dapatkan MC. Kalau main cuti jer kang dorang ingat aku ponteng plak. Walaupon tak pernah terdetik dalam hati nak ponteng. Yang ni serius ok. Kerja best apa, boleh jumpa kawan2.


Tapi aku pernah rasa sedih dulu sebab time aku praktikal aku sakit takde orang ambil tau..T_T Nasib ada member2 rapat aku & incik encem aku tu. Sejuk sikit hati. Dorang yang susah payah paksa aku gi clinic. Pernah 1 tahap aku dapat MC tapi aku still kerja lagi sebab aku kesiankan majikan aku 2. Then pernah aku dapat surat dari clinic suruh aku buat pemeriksaan lanjut kat hospital besar. Aku gi kerja gak besok nyer untuk bagi surat tu as a bukti kat majikan aku untuk benarkan aku cuti. Tapi tak lulus. Sedih aku time 2. Dah la family jauh. Serius time 2 memang aku kecik hati. Aku nak nangis tapi cuma mampu dalam hati jerk. Sampai sekarang family aku tak tau.


Tapi bila aku dah tamat praktikal sedih aku bila mereka berkata begitu. Tapi aku tau memang salah aku. Tapi time tu aku banyak masalah so aku perlukan masa bersendiri. Tapi cara dorang cakap macam aku tak pernah bagi komitmen kt kerja. Sedih aku tau. Paling aku terasa aku tak mintak pun dorang hantar aku ke hospital ke segala bagai. Just nak cuti, aku boleh pergi sendiri. Tapi member aku sorang lagi 2 boleh pulak. Siap dia hantar lagi tu pergi clinic. Maaf F**... Aku tak jelez dengan kau tapi aku sedih. Rasa macam terpinggir doh. Bayangkan dengan family yang jauh. Sape lagi nak aku harapkan. Tapi takpe. Semua dah aku lupakan. Kena terima hakikat memang salah aku tak pandai ambil hati dorang. **pssst...kalau aku kerja gak time dapat MC 2 tak kira ambil hati ke? ok, stop. Next chapter**


Pape pon setinggi-tinggi gunung everest tinggi lagi perhargaan yang aku nak sampaikan kat uols semua sebab berada di samping aku ketika suka duka, sakit dan sewaktu dengannya ketika aku prkatikal dulu. Yang lain bukan aku tak ingat ye tapi ini entry untuk time praktikal...hehe... Korang next entry ok....


note : aku sayang NAS, MAMA PIJA, FAZ, ATIF, DANNY & special to MY INCIK ENCEM...=)