Entry ini dibuat secara ringkas tapi padat. Sebagai tanda ingatan buat sahabat, Daniel. Kami kenal kerana kekasih saya merupakan kawan baik Daniel. Walaupun jumpa sekali sekala tapi saya berasa amat dekat dengan arwah. Arwah jenis yang mudah mesra orangnya. Seronok berkawan dengannya.
Jadi bila mendapat berita yang arwah kemalangan, jujurnya ketika itu saya hanya anggap sebagai gurauan. Ini kerana pada ingatan saya baru sebentar tadi kami berchatting. (sekadar berbual kosong antara sahabat). Okay, sila bayangkan perasaan saya apabila tahu berita tersebut adalah benar. Memang saya sedih.
Tapi bertambah sedih bila saya mendapat berita kematian arwah sebentar tadi. Terbayang segala perbuatan & tingkah laku arwah yang pada pandangan mata saya cukup menyenangkan. Bertambah pilu bila teringat yang kali terakhir kami berjumpa adalah ketika Hari Raya Aidilfitri. Lama sungguh kami tak berjumpa.
Maaf dari hati buat arwah sekeluarga kerana tidak berkesempatan datang melawat. Arwah jugak akan dikebumikan di Melaka. Agak terbatas untuk ke sana. Hanya doa yang saya mampu kirimkan buat arwah.
AL-FATIHAH
note : arwah meninggal pada hari Khamis. Insyaallah roh dilindungi yang Esa...amin....
No comments:
Post a Comment