SI KACAK & SI CANTIK

June 22, 2011

KAHWIN SALAH, TAK KAHWIN PUN SALAH.

Serius aku pelik dengan sikap kapochi-kapochi di luar yang selalu sibuk nak jaga tepi kain orang lain. Kain sendiri terlondeh tak nampak pulak kan. Kalau kita tak kahwin lagi soalan yang di tanya "Bila nak kahwin?'. Bila kita cakap dah nak kahwin, soalan lain pula kedengaran. "Eh, nak kahwin dah? Duit dah cukup ke?".


*cili mulut kang tau la*



Fine, kalau nak kahwin ikut spesifik manusia hipokrit kat luar sana memang duit takkan cukup sampai bila-bila. Ditambah dengan kos sara hidup yang makin meningkat. (tapi gaji masih di takok lama). Kadang-kadang aku terfikir untuk buat majlis perkahwinan yang tertutup, simple tapi tetap meriah mengikut tahap & kemampuan aku. Maksud nya, aku tak perlu nak ikat perut after kahwin hanya kerana majlis perkahwinan yang dibuat atas kehendak orang lain. Helloooo....ini majlis aku. Aku yang kahwin, bukan kau orang. Simple ke ape ke itu kehendak aku.






Kahwin memang sekali seumur hidup. (insyaallah). Jadi kalau boleh aku taknak kami (aku & bakal suami) hidup dalam keadaan bergaduh seumur hidup gara-gara hutang @ apa saja berkaitan perkahwinan. Jadi kami dah buat keputusan majlis perkahwinan harus simple tetapi meriah. Biarkan kapochi itu semua dengan perangai & kerenah mereka. Penat kang berhenti lah mereka. Yang penting aku tetap dengan cara & keputusan kami. Doakan semua berjalan lancar. 





Usia bukan menjadi ukuran perkahwinan. Tetapi bagaimana cara untuk menghadapi perkahwinan & kehidupan berumahtangga itu yang penting. Anggap saja kapochi itu peminat kita. Sebab mereka tak habis-habis nak tau perkembangan kita kan. haha..;p



*nanti kita macam nie ye b*




Nota:Semua tetap berbalik dengan keizinan dari-NYA. Insyaallah.=)










No comments: