SI KACAK & SI CANTIK

March 19, 2011

EXPRESS ENTRY....

Assalamualaikum korang...




Firstly nk say sorry. If korang perasan aku kalau tengah rajin @ free update blog memang tak mengagakkan. Sekali banyak. Bila tak update, memang tak update berhari. hehe.. Sorry la ye, bukan apa. Kalau aku free memang aku update. Kalau tak, takde la aku update. Dan entry yang nie pon express punya. Aku kena bergegas ke rumah my cousin untuk wedding dia. Aku kan pengapit. Haruslah ada kan. Sila baca ENTRY INI untuk tips bakal pengapit. (peringatan untuk aku juga). Nantikan gambar-gambar majlis tue nanti ye.





SEKIAN, TERIMA KASIH.

March 15, 2011

ANDAI LELAKI TAHU...................

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



kredit to EIYRA AHMAD


TSUNAMI DI JEPUN TELAH DITETAPKAN DALAM AL-QURAN




1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.


2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.


Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53
maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.

8. WauAllahhu Allam.



sumber dari anakulucheka.


Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamatnya.
Di dunia mahupun di akhirat.

Dipersilakan untuk share.

BLOG KESAYANGAN VERSI LELAKI

Hai korang.


Entry nie sepatutnya dah lama update. Means lepas entry BLOG KESAYANGAN VERSI GIRLS. Tapi atas sebab2 tertentu aku lambat sikit post. Sorry ye. So meh la tengok blog kesayangan aku nie.


1. BEN ASHAARI
semestinya abg Ben. Kenapa? Sebab entry dia semua bagus & berkualiti. Kadang2 aku rasa macam dia boleh baca fikiran aku. Apa aku fikir tak lama lepas tue keluar satu entry dia. Contoh pasal follower, entry yg bagus, banyak lagi la. Korang pon sure dah tau kan. Kadang kala kita akan rasa kata2 dia agak sinis tapi semua sebab terkena batang hidung kita sendiri kan. So, renung-renungkan dan selamat membaca blog beliau.


2. UJANG
aku tau blog ini melalui "Sahabat Blogger (SB)". Dia rajin comment kat SB. So one day aku tergerak nak baca blog dia. Memang best. Sempoi jer. Rasa macam borak dengan member sendiri. Start dari situ aku terus ikut setiap entry dia sampai sekarang. Tapi tak pernah comment kt entry dia lagi. Maybe lepas nie..=)


3. Faiz
ini adalah blog lelaki pertama yg aku baca bila aku kembali aktif menulis blog. Selama nie aku lebih kepada blogger perempuan. Tapi entah kenapa aku boleh tertarik pula dengan blog dia. Sangat sempoi okay. Kelakar pula tu. Haha... Korang pun patot baca this blog. Sure tak bosan & korang akan terus ikuti setiap entry dia. Enjoy...^_^


4. Mat Gebu
bagi wanita2 di luar sana sure blog ini pon jadi tumpuan korang kan. Macam2 resepi ada. Yang paling penting mudah nak buat. Itu yang seronok sebenarnya. Kalau rumit memang selamat jalan. Aku tak suka masak rumit2 nie. Sebab aku dilahirkan untuk buat semua perkara yang simple. Kalau rumit kita buat jadi mudah. So, kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan blog nie sangat sesuai.


5. Fadhirul
okay, blog terakhir. Aku tau pon melalui blogwalking & macam biasa SB. Jujurnya aku tak tau nak terang kenapa aku suka baca blog nie. Tapi entah. First time baca aku terus suka. Entry pertama aku baca KISAH CINTA AKU DULU2. Aku tak tau kisah benar & rekaan semata tapi aku rasa penulisan dia sangat jujur. Sejak hari tue aku terus ikuti setiap entry dia. And now dia ada buat CONTEST. Korang cubalah. Mana tau menang kan...=)



note : Hope korang pon suka baca blog2 mereka nie. Kalau belum tengok blog mereka rajin2 jenguk okay. Pasti tak menyesal.


TAG FROM SYIROS...

Assalamualaikum semua....



Today aku nak jawab soalan2 yang telah di tag oleh adik aku, SYIROS.

 1. Adakah anda rasa anda hot?
Tak, aku cool jer...haha...


2. Upload gambar wallpaper/pc anda guna sekarang.

3. Cerita pasal gambar.
wallpaper nie yg aku pakai since masuk kerja. September 2010. Malas nk tukar2...


4. Bila kali terakhir anda makan ayam?
aaa...hmmm....x ingt biler...tp bln nie la...kt kenny rogers...hihi..my fav..=)


5. Lagu yang terakhir anda dengar?
Talking To The Moog by Bruno Mars. Walaweh...aku fall in love dgn this song. Tak tau kenapa.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Chat dgn bf kt facebook sambil issue cheque.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
sayang..hahaha...bole tak? :p


8. Tag lagi 8 orang.
- Adeq Fazilah
- Monet
- Eja Omar
- Hawa Hanafi
- Tieah
- Farah Nadia
- Kak Jihan
- Nasuha Salleh


9. Siapa orang no. 1 anda?
my bestie. Aku share everything dgn dia. Tapi dia dah jauh..T__T


10. Katakan sesuatu untuk orang no. 5.
hai. selamat berkenalan..=)


11. Orang no. 3 ada hubungan dengan siapa?
AFIQ. haha..siap caps lock kau...


12. Bagaimama pula dengan orang no. 4?
dia dah kawen dengan Hanafi. Agak2 bila aku boleh dpt anak buah ye..hihi..peace hawa..=)


13. Pesanan buat orang no. 6?
kawen jangan lupa jemput ye farah...eh2, cop. Calon dah ada ke? ;P

14. Kata-kata cinta buat orang no. 2.
erk? apakah? aku tak les...hahaha...peace net..;P


15. Adakah orang no. 7 & no. 8 mempunyai persamaan?
yup...dua2 wanita....=)


16. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang no. 1?
- dia sayang aku.
- dia rindu aku.
- dia sure ckp aku perasan bila baca nie.
- pastu dia sure gelak dorang2 kt bilik.
- then dia msj or chat kt fb...hahahhahahhaha..;p

 17. Persamaan antara kambing & lembu.
haiwan kesayangan orang di no. 2...kn net kn..peace...haha


18. Perasaan anda ketika menjawab tag ini.
bersungguh-sungguh macam jawap soalan exam. Agak2 berapa markah aku dpt ye..


19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
Rizman mana 1 nie.


20. Gay @ les?
aku pilih @....boleh kan?




La, habes dh ke? Sikit betul. Next time bg la 30 ke 50 soalan. Baru mencabar. So kepada semua yg dah di tag selamat menjawab...^_^


Sekian, terima kasih.