SI KACAK & SI CANTIK

November 09, 2011

Hotel/Homestay Di Machang

Salam & Hai


Lama tak menulis panjang lebar. Memandangkan system slow & mood nak buat kerja pon slow maka aku buat keputusan (sesuka hati je kan ;p) untuk update blog. Untuk pengetahuan, next week aku akan ke Machang, Kelantan hantar adik aku SYIRO daftar masuk ke UITM Kelantan bagi semesta 2. Congrats kepada beliau sbb dapat keputusan sgt cemerlang. T__T


Okay la, memandangkan kali nie kitorg nak angkut 1 family + 1 bakal family (tunang aku..hehe) so kena cari tempat penginapan yang besar & paling penting atas tanah. Sebab ayah tak berapa sihat & susah nak turun naik tangga. Maka tempat biasa penginapan kami bila ke sana iaitu HOTEL AZRA (betul-betul depan UITM Machang) telah di tolak awal-awal. haha.. kejam. So aku gigih la cari homestay area Machang kat Mr. Google. Agak susah jugak nak jumpa. Kalau ada pon takde gambar. Kalau boleh mesti la nak tgk gambar kan. Akhirnya dengan bantuan tunang tersayang (thank you b! ^__^) dapat jugak yang di idam kan.


Pilihan kitorg adalah --------> Miza Guesthouse & Homestay Machang.






Tak dapat nak review lagi pasal belum pergi kan. Insyaallah balik nanti aku share tentang tempat nie ye.




Homestay nie ada 3 bilik tidur yg mana setiap 1 ada bilik air. Ruang tamu pun luas. Ada TV, peti ais, iron man & masak air.



 

Kalau nak sewa bilik jer harga 1 malam RM50. Tapi untuk bilik ke 3 (pic di bawah) harga dia RM70 1 malam. Sebab bilik tu boleh muatkan 6 orang dalam 1 masa. Okay la kan.



Tapi if sewa 1 rumah harga nya adalah RM150 untuk bawah 10 orang. kalau ramai lebih la sikit harga dia.

Homestay nie beralamat C101 Jalan Tanah Merah 18500 Machang, Kelantan.

Korang boleh call terus pemilik dia untuk tau lebih lanjut. Hubungi talian nie 09-975 2573 atau 013-9508994 cakap terus dengan Che Gu Mat dan Che Gu Wan Zainab. Mereka nie bekas guru.

Atau pun kalau rasa nak tau lagi tapi malas call tengok blog nie --> Miza Guesthouse & Homestay Machang.

Kalau kat facebook pulak search nama Miza Inap Desa Homestay Machang.


Harap dapat bantu korang ye. Sekian. ;)



note : hati & minda dah sampai kat kelantan. ;p

1 comment:

Anonymous said...

AsSalam Cik Zatie,

Boleh share pengalaman anda tinggal di Miza Homestay? Maksud saya, keadaan dan suasana etc.

Thanks
Kak Sham