SI KACAK & SI CANTIK

August 23, 2011

MOOD RAYA!

SALAM & HAI.



Macam mana puasa? okay? Haha.. dah nak raya baru nak tanya kan. Hope semua okay. Tahun nie mood nak raya takde la excited sangat. Agaknya sebab dah tua kot. Tua ke? haha... This year aku lebih banyak bagi mama duit untuk persiapan hari raya. Sedar-sedar barang sendiri tak beli raya. Meh aku share persiapan raya setakat hari nie.



BAJU RAYA : belum beli, maybe tak beli. Pakai baju tunang jer.. haha..
KASUT & HANDBAG RAYA : pon same. tak beli. Malas. bole tak?
TUDUNG & PIN TUDUNG RAYA : tunang tersayang beli kan.. hihi.. suka-suka.. tp baju takde. macam mane???
KUIH RAYA : baru buat 1. biskut coklat chips. aku buat mama bakar. Pasal aku bakar hari tue terhangus.. haha.. belum tau bajet lagi. today buat semperit pulak.
DUIT RAYA : dah bagi mama suruh tukar.. tak banyak, tapi cukup la, buat syarat..
LANGSIR RAYA : dah beli dengan mama Sabtu lepas. Baik mama, pilih yang murah. haha.
KERETA : tak servis lagi cik vyvy kesayangan aku tu. Cian dia dah calar balar.. :'(
BAJET UNTUK ADIK2 : dah bagi siap-siap kat dorang. kecuali si SYIROS. Tunggu di balik sini baru kasi.


Ada pape yang tertinggal ke? So, nampak tak. Sendiri tak beli pape pon. Sebab sedar diri dah tua kot. haha.. Tak rasa nak membazir & beli semua baru. Sejak-sejak dah tunang semua simple jer. Sebab tunang pon takde baju raya. haha.. Kalau macam nie lepas kahwin untung la tunang. Aku tak beli pape. haha..


Lagi 1 alhamdulillah, syukur sangat this year dapat bonus agak banyak. So boleh kata dapat hulur kat family. Tak banyak tapi okay la. Kongsi baru berkat kan..=) Siap cakap kat mama, tiap kali hulur duit kat mama misti suruh mama doakan tahun depan dapat bonus lagi banyak.. haha.. kejam giler kan. ;p



NOTA : Salam Ramadhan (cakap sekarang walaupon dah lambat) & Salam Lebaran (takot tak update blog sampai raya.hihi)





2 comments:

Cik Suheela said...

HAHA lawak yang tang mama baik pilih langsir raya yang murah..lawak lawak hihi :)

ZaTiE AsHaR said...

hihi.. murah tak murah sgt la kn.. ;p