SI KACAK & SI CANTIK

March 09, 2011

HEARTBEAT...

Assalamualaikum...
Morning korang...


Hari nie akibat pengaruh CIK EPAL aku pon dah pasang HEARTBEAT.

Untuk pengetahuan korang benda nie macam nuffnang jugak. 

So if korang rasa nak pasang boleh la jenguk blog CIK EPAL nie.

Macam aku cakap dalam ENTRI yg lepas CIK EPAL memang tak kedekut ilmu.

Kadang aku rasa macam dia nie cikgu aku pulak.

Banyak benda aku belajar dr dia.

So, korang selamat mencuba.
 


note : Cantek pulak tarikh 20.11.2011. Hari pon Ahad. Hmm..


March 08, 2011

BLOG KESAYANGANKU VERSI GIRLS..

Disebabkan dah lama tak update blog today nak update byk2. Agak2 boleh kalahkan entry ABG BEN ASHAARI. Oh, tidak. Beliau terlalu bagus + idea sentiasa mencurah ke ladang gandum untuk aku kalahkan. Tapi kalau MONET mungkin. Hai net. Today aku baru update 2 kali. Ko ada? takde kan. So aku belagak sikit hari nie.haha.


Okay, aku nak share dgn korang blog yg sentiasa aku ikuti. Means kalau on jer pc @ laptop aku akan singgah blog dorang dulu. Aku bahagi kepada 2 bahagian la ye. Senang sikit. Lelaki dan perempuan. So aku start dgn blogger perempuan dulu okay.



BLOG KESAYANGAN (P)


siapa yang tak kenal dia. Dah la cantek, baik, merendah diri pulak. Paling terharu tiap kali aku tweet dia kat twitter tak pernah dia tak balas. Terharu wei. T___T


yg nie pon kalau korang tak kenal taktau la. Hisy, rugi betol. Pendapat aku la, beliau nie boleh dikatakan BEN ASHAARI versi perempuan. Comel tau dia nie. Tak kedekut ilmu. Selalu share input berguna.


fenomena beliau terjadi sejak kemenangan Malaysia. Gara2 kehebatan kekasih hati iaitu KHAIRUL FAHMI CHE MAT. Tapi yg best dia tetap rendah diri & layan semua orang. Entry pon menarik.


nama secantik orangnya. Sangat sempoi orang nyer. Hope dapat jumpa dia one day. Sebab my cousin kenal dia. hikhik..suka2...kena bodek my cousin nie. haha...ewa...plzzzzzz...nk jumpa FL..=)


yg nie kwn baik aku. So wajib la aku baca blog dia kan. Itu jer cara buat aku rasa dia dekat dgn aku. Tapi skrg dia dah jarang update. Busy kot. Takpe la, as long as tak lost contact sudah. =)


nak buat 5 jer sbnr nyer tapi mcm tak adil pulak. Sebab blog nie pon ari2 aku bukak. Dulu masa sekolah cikgu2 cakap muka kitorang sama. Sampai keliru bagai. Sama ke masalah nyer. haha..peace net..;P


okay, itu senarai wajib blog yg akan aku baca. Byk sebenarnya. Jgn korang ingat aku nak baca blog korang pulak. Aku baca tapi senarai di atas nie yg paling kerap aku baca. Sure korang pon ada kan. Tak mo kecik hati ye. So, cukup setakat ini.



SEKIAN, TERIMA KASIH.

RINDU.........

Assalamualaikum korang.


Lama tak menaip kat sini. Rindu. hihi..

Korang sure rindu aku kan. Ke uols dah lupakan aku? Sob3..tau la i dh lama tak update story kt blog, terus uols lupa i ye. Sedih i tau. Geli plak aku ckp i-u-i-u nie. Haha. Tapi dengan ASHRAF aku bahasakan diri aku i. Taktau napa. Automatik kalau dgn dia aku terus speaking jawa.


*hai cerap, i rasa pic nie paling smart kot. kalau tak sory.haha*



Maybe sebab dia nie ala2 mat saleh kot. Pendapat aku la. Korang rasa macam mana? Tapi dia dh ade gf okay. Hah, so jgn nak pandai2 mintak no hp dia kat aku ye. haha. Gf dia pon my bestie. So selalu gak kitorang keluar sama. Since zaman kolej lagi.


Okay, next topik. Haha. Dah jauh sgt nie. Sbnr nyer nak story psl aktiviti hujung minggu baru nie. Tapi terselit pulak bab si ASHRAF (aku panggil die cerap, dia panggil aku mohd ti). Maklumlah, aku kan suka lari topik. Korang layan jela ye.


SABTU.
Aku kerja hari tue. But half day la. Pukul 1 terus gerak balik. Siap2 apa yang patot pergi pulak ke Jalan Masjid India with my mom & SYIROS untuk beli stok tudung, jubah & lain2. Yang sadis nyer boleh pulak hujan. Adeh, memang tak dapat nak shopping lebih2. Shopping payung jer. haha.. Tapi aku habis beratus juga lah gara2 beli tudung. Dahsyat kan. Bukan apa malas nk pakai tudung bawal gie kerja. Aku pon borong la tudung sarung.


*ini bkn pic sbnr. kredit to GOOGLE.*



AHAD.
Aku keluar dgn ehem2. Haha. Sapa lagi kalau bukan si BF kan. Kitorang lepak Sunway Piramid. Lepak dgn RARA sekali. Dah lama tak lepak ngan rara. OTW ke Sunway aku call rara ajak lepak. Then dia pon kata okay, so aku & BF amek dia kat rumah. Bukan jauh pon. Depan sunway jer rumah rara. Sampai2 kitorang terus beli tiket wayang. Aku memang dah lama giler kot tak tengok wayang. Takat tengok citer korea kt DVD ada la. So dengan kuasa veto yang aku ada, aku paksa dorang tengok citer "BURLESQUE". Bukan apa aku memang minat Christina Aguilera. So wajib la aku kena tengok kan. Nasib habis movie dorang okay jer. BF siap gatal nak tengok lagi sekali. Amboi..biasa nie.


*why dia nie sgt hensem.Terus jatuh cintan.Sory BF*



Oh, ya. Lupa nak bg tau. Kitorang makan kat Ayam Penyet. (Thankz kak Saidah yg tunjuk tempat..;p) Aku gak yang paksa. Ngade2 kan. So if korang nak keluar ngan aku sila berfikir secara malang matang & panjang. Itu jer aku nak cakap.




SEKIAN, TERIMA KASIH.

March 02, 2011

'JIKALAU AKU DOREMON'

Baiklah, terus kepada tajuk entry. Aku telah di tag oleh CUCU KESAYANGAN NENEK KEBAYAN untuk join contest "Jikalau Aku Doraemon". Pengerusi contest nie adalah CIK IKA.



Syarat-syaratnya :

1. follow CIK IKA..
2. buat 1 entry bertajuk contest "Jikalau Aku Doremon.." se kreatif yg boleh.
3. copy dan letakan gambar doremon ni dalam entry anda.
4. tinggalkan link contest kat bawah ENTRY INI.
5. pastikan anda seorang yg kuat mengarut merepek kerepek.
6. Tag kat 3 orang kawan korang. Lagi ramai lagi bagus.
7. Dateline = 31 Mac 2011
8. Hadiah = topup @ shawl @ benda yang boleh dipakai.



okay, meh dgr baca aku ngarut meh...


'Jikalau Aku Doremon aku nak hilangkan semua benda yg aku tak suka kat dunia nie. No more ular, no more perempuan gedik2 like me eh2 pompuan gedik kena ada baru meriah dunia. haha. No more lelaki yg tak suka aku. Means sape yg masih nk wujud sila suka aku. hahaha..mmg gedik pompuan nie. Tapi musuh ketat aku takkan hilang. Sebab aku nak dia tgk bf dia suka aku. hahah..sgt jahat okay. Dah, 2 jer. Lagi panjang aku taip lagi mengarut karang.'


Mangsa tag aku adalah :

* Semua Followers.



Sekian, terima kasih.



March 01, 2011

AL-FATIHAH BUAT ARWAH

27.02.2010 yang lalu seorang rakan yg berpangkat pakcik kepada aku iaitu Shahrul Raimi bin Jais (Amy @ Lomam) telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 4.00ptg. Arwah dikebumikan pada keesokkan hari jam 9.30ptg.

Kematian arwah adalah disebabkan kemalangan jalan raya yg dialami Khamis lalu di jalan Klang-Shah Alam jam 10.00mlm. Bagaimanapun keluarga hanya mengetahui berita ini pada Jumaat jam 10.00pg setelah diberitahu oleh pihak polis cawangan Telok Panglima Garang. Dan ketika itu jugalah keluarga arwah bergegas ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Sebaik sampai di sana doktor pakar memberitahu kpd keluarga arwah bahawa keadaan arwah sgt kritikal & perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana pakar yg lebih mahir ada di sana.

Hari itu juga keluarga arwah uruskan segala urusan pemindahan arwah ke HKL. Manakala aku hanya mengetahui keadaan arwah pada sabtu ptg ketika melawat kakak arwah (makcik aku) di Hospital Banting (HB). Dan ari ahad lalu mak aku merancang untuk ziarah arwah di HKL selepas pulang dr kenduri kawen. Tapi ALLAH S.W.T lebih sayangkan arwah. Tak sempat kami nak tengok arwah buat kali terakhir. Tapi nasib baik kakak arwah yg berada di HB dpt pelepasan dr pihak hospital untuk pergi ke HKL. Apa yg menyedihkan arwah seolah2 tggu kehadiran kakak nyer itu. Kerana arwah menghembuskan nafas terakhir slps kakak arwah berjumpanye. Sempatlah melihat keadaan arwah 2,3 kali.

Aku dtg ke rumah arwah jam 5ptg iaitu sebaik saja dpt berita kematian arwah. Sebak rasa hati time 2. Akak2 arwah masih dalam keadaan terkejut. Nasib ada kakak ipar arwah yg bersedia menguruskan arwah. Yela, sapa yg tak terkejut kalau tiba2 dpt berita kematian adik sendiri. Sementara menungga mayat tiba, pelbagai cerita dr kakak & rakan arwah dpt aku dgr. Rupa nyer arwah telah tunjukkan tanda2 awal pemergiannyer. Hanya slps kematian arwah semua baru disedari. Mmg sayu suasana time tu. Tepat 11.20mlm arwah selamat tiba di rumah. Sebaik tiba bacaan tahlil & surah yassin kedengaran. Dalam 12lebih aku pulang ke rumah.

Besoknya (Isnin), seawal pagi aku telah ke rumah arwah utk bantu apa yg patot. Alhamdulillah ramai juga yg dh dtg. Rakan2 arwah pun ada. Tp aku tak pasti sama ada rakan2 arwah mmg tak balik sejak mlm td @ baru dtg. Aku mmg kagum dgn rakan2 arwah yg ttp setia di sisi. Ramai betul yg dtg. Untung arwah ada rakan2 yg begitu. Dgr kata dr kakak ipar arwah, rakan2 arwah jgk yg bersusah payah bantu ketika di HKL. Mandikan jenazah & bersolat jenazah sekali. Tersentuh hati aku. Aku terfikir andaikata masa aku tiba nanti, adakah rakan2 di sisi aku kini akan jd seperti rakan2 arwah. Setia di sisi arwah hingga ke akhir hayat nyer. Segala urusan arwah amat mudah sekali. Berjalan lancar. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T izinkan segalanya.
Semoga arwah dicucuri rahmat senantiasa. Al-Fatihah....