SI KACAK & SI CANTIK

October 15, 2012

Persiapan Kahwin : Bilik Pengantin.

Salam & Hai Semua.



Semalam aku balik kampung, Banting sebab saudara belah mama buat kenduri kahwin. So balik dari kenduri tu mama ajak singgah Kedai Perabot Akbar dekat Pekan Banting. Saja nak tengok perabot untuk bilik pengantin. Mama kata dulu kahwin pon mama beli dekat situ. Perabot sangat berkualiti. Bayangkan dah 20tahun pakai pon okay lagi. Tapi baru nie bagi orang sebab mama pakai katil lain tapi sedihnya orang tue pergi buat reban arnab. Sabar jela kan.


Kedai tak display banyak perabot. Adalah 3 set jer. So bila masuk kedai je aku macam "Ek eley, biar betul mama nie. Kedai buruk, perabot sikit, karpet & cadar jer banyak. Sunyi sepi pulak tue, pekerja dah la sorang". TAPI..... hah, amek.. besar punya tapi.. haha.. Tapi lepas tengok katalog & dengar penerangan dari tuan kedai terus cakap "THIS!!!! aku nak ambil kat sini jer." 


SEBAB??? 


1) Harga sangat berbaloi.
2) Dapat free gift.
3) Memang lengkap untuk 1 bilik. Tak payah pikir lagi.


Banyak contoh perabot. Design lebih kurang macam kedai perabot lain. Tapi kalau korang nak degisn macam dekat IKEA boleh main jauh-jauh. haha :D 

Mula-mula aku berkenan dengan design macam nie .



Sebab masa tengok blog Cik Nadia Bayu nie terus berkenan. Tapi bila fikir balik design dah lama. 
Pastu ingat nak ambil yang simple macam nie.



Konon lepas kahwin nak pindah. So tak payah angkut. Tapi bila tengok design lain berkenan pulak yang kayu jati mcm ni.



Konon rasa macam Puteri Raja sikit ada kain tepi tu kan. haha.. Over sangat kau Zatie :p


Makin lama kat kedai tue makin banyak katalog aku tengok makin pening nak pilih mana. haha.. Boleh? Tapi nasib baik lambat lagi. So boleh start buat research kan. Banyak design aku yang suka. 


Jom layan pic yang aku suka :)

 putih suci gitu. suka tau :)



 Princess sangat kan.. haha ;)



 niceeeee.. simple tp sweet gitu. :)



 asal cun sangat katil nie T__T



akhir sekali. Comel sangat.. 



Oh ya, nak tau apa jer aku boleh dapat? Ini dia :-

1) Set lengkap (katil, almari baju, meja make up, meja sisi 2-kiri kanan)
2) karpet (boleh pilih)
3) cadar (boleh pilih)
4) langsir (boleh pilih)
5) 1 free gift.


* Harga berbeza ikot jenis perabot yang kita pilih tapi semua ttp dapat. Best kan :) Senang dah. Tak payah fikir lagi nak cari dekat mana. Semua boleh settle. Tapi korang kena deco sendiri la kan. Dorang siap kan jer :)


So memang puas hari sangat plus mama pon kena owner kedai tue. Kot nanti dapat lagi diskaun kan. haha.. 


Macam mana pulak dengan korang yang lain? Mesti set yang lagi hebat kan. Mudah-mudahan dapat apa yang kita semua impikan :)



Sekian.


September 25, 2012

Persediaan Majlis Perkahwinan.


12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
 
* Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan 

* Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
* Mengaturkan bajet 
* Memilih perancang majlis perkahwinan mengikut kemampuan anda 
* Mengumpul nama tetamu 
* Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis 
* Memilih cincin pernikahan 
* Memilih kek pengantin 
* Memesan cenderahati untuk tetamu 



5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

 * Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan
  mencuba kelengkapan pakaian).
* Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek
   perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain) 
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam 
* Menghubungi saksi pernikahan 
* Membuat rawatan ke spa




2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
* Menyenaraikan nama tetamu
* Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
* Merencanakan bulan madu
* Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
* Memastikan rawatan spa secara intensif
* Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
* Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan




SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
* Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
* Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
* Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
* Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
* Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
* Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung


P/SSaling mengingati antara kita. Mudah-mudahan majlis kita berjalan lancar. :)


Sekian





Kredit : lupa. T___T 


In Love With.... Dwen Raha

Salam & Hai Semua.



Lama menyepi dari dunia blog. Banyak hal yang berlaku. Tapi hari ni saya nak share seorang yang boleh saya cakap designer (kot) yang berbakat iaitu DWEN RAHA. Saya kenal pon melalui facebook. Tapi saya cukup tertarik dengan hasil karya beliau yang memang meletup!!! Paling penting harga sengat berpatutan. 


Cakap banyak pon tak guna. Meh layan hasil beliau yang memang terbaik :)




















Yang last nie paling menarik perhatian saya. Cun sangat okay!! 5 in 1. Serius, tak mahal mana. Kira padan dengan hasil dia. So, sesiapa yang minat dengan hasil kerja DWEN RAHA boleh add beliau di facebook. ---> DwenRahaTouch . Oh, jangan risau. Saya tak ambil apa-apa untung pon. Malah Dwen pon tak kenal saya secara peribadi. Cuma saya rasa tak salah berkongsi dengan B2B lain kan. 



Sekian.




kredit picture : DwenRahaTouch


May 17, 2012

Persiapan Perkahwinan #Part1

Salam & Hai semua.



*kredit pic : SweetCraft *



           Entri pendek untuk hari nie. Semalam merupakan hari pertama secara rasmi aku buat kertas kerja untuk my wedding. Itu pon sebab adik aku Syera Ashar dah tolong beli kan buku ;p haha... Macam apa jer. Tapi aku cuba buat jugak. Tak siap lagi pun. Buat sikit-sikit. Aku kumpul maklumat dari blog B2B yang lain & masukkan dalam 1 folder. Then malam tadi start buat dalam versi aku sendiri. Buat dalam laptop & dalam buku jugak. Buku senang nak bawak ke mana-mana. Plus senang jugak nak tunjuk dekat en. tunang. Hope buat hangat-hangat tahi ayam la ye.. haha.. Dah siap nanti aku update kat blog ye. ;)



Nota : Itu jer nak cakap. Kata entri pendek kan ;p


May 03, 2012

Peringatan Buat Bakal Pengantin!

Salam & Hai Korang.



*mood malam tadi. letak pic baby sebab feeling aku nangis cute mcm baby. haha *



Sebenarnya ini kes malam tadi. Dan aku tau lepas en. tunang bagi tau. Tapi memang buat aku sentap habis. Kisah nie pasal my friend yang nak kahwin bulan nie. Then aku pon dengan baik hati offer diri nak tolong apa yang patot. Since aku pon nak kahwin so aku faham busy & tertekan nyer Bride To Be nie. Maybe dapat ringankan beban & tanggungjawab dia.


So dia pon ajak aku teman dia beli baju nikah. So aku okay jer. Tapi mulanya dia mintak aku yang ambil dia. Maknanya bawak kereta aku la kan but dia bayar duit minyak. If kereta aku okay, aku takde masalah. Tapi sebab cermin kereta retak so tak berani nak bawak jauh. Pecah kang satu hal pulak kan. Aku pon cakap kan dia & suruh dia pakai kereta dia jer. Lagipun bukan dia takde kereta kan. Tapi dia cakap makcik dia nak pakai. So fine la.


Then dia cakap takpe, tengok macam mana. Dia akan confirm balik dengan makcik dia. Aku pon sebagai persediaan dah bagi tau awal-awal dekat my mom. Takot my mom ajak pergi pasar malam kan. Lepas balik kerja aku terus siap-siap makan & mandi. if dia ajak pon aku dah siap. Tak jadi pon takpe la. Sebab dia dah cakap makcik dia pakai kereta kan.


Sampai malam dia tak mesej. So aku andaikan tak jadilah teman dia. Sampailah aku call en. tunang & story dekat dia pasal plan tak jadi aku tue. Sekali en. tunang cakap, " eh, bukan dia pergi dengan si polan ke tadi? b baca dekat fb si polan."

Reaksi aku --------> WHAT THE ...........


Okay, maybe pada korang benda nie simple. Tapi pada aku dah MENYUSAHKAN. SERIUS. SENTAP terus okay. Padahal dah janji dengan aku. If dia tak mesej & benda tue cancel aku okay jer. Tapi dia cancel dengan aku then pergi dengan orang lain. Sepatotnya mesej la.


So kepada B2B lain, tolonglah ye. (peringatan untuk diri sendiri jugak). Kami faham kalau korang busy & terlupa. Tapi benda kecik macam nie pon boleh buat orang lain terasa hati tau. If korang dah janji dengan member mintak teman korang pls la bagi tau kalau tak jadi. Kalau mesej jer pon dah okay. Baru berapa sen kan. Tolong ye.. Thanks.



NOTA : ke aku sorang rasa macam nie??? *mood : sedih :( *