SI KACAK & SI CANTIK

March 23, 2012

April Yang Dinanti..

SALAM JUMAAT SEMUA!


Tika & saat ini haruslah yang kacak tengah berpusu-pusu ke masjid kan. Yang cun melecun macam aku apa lagi. Update blog la. hehe. Okay, yang pergi solat jumaat jer kacak. Yang tak pergi ______. (isi sendiri ;p)


Sejak azali bulan April selalu banyak perkara baik yang jadi dekat aku. Alhamdulillah, syukur sangat. Tahun ini pon sama. Insyaallah family en. tunang akan datang ke rumah untuk tetapkan date yang sebenar. Hope tak tunda tahun depan. (nampak tak mood gatal di situ ;p)



*nak pakai macam nie boleh tak? ;p*




Doakan yang terbaik untuk kami berdua okay ;)


March 12, 2012

Penang With Cousins ! *FULL*

Hello...


Okay, ini full entry untuk trip ke Penang dengan cousins. Sebenarnya dah lama pon pergi. Bulan 12 last year. Tapi apa nak buat. Malas nak update kat blog. haha.. Jom layan picture. Oh, ya. Sebelum aku lupa, kredit penuh kepada cousins aku sebab picture semua dari mereka ;)

Kitorang bertolak malam. Tak ingat pukul berapa. Tapi awal-awal aku dah sampai rumah Dira & Yid. Excited bukan main. haha ;p Picture atas ni dalam ferry. Awal pagi kot. Please jangan tanya dah mandi ke belum okay. hahaha ;)

Time nie dekat ____, Penang. haha.. Ada tempat kosong sempat aku pon tak ingat dekat mana. Apa yang aku ingat, roti canai aku paling awal sampai. Agaknya dorang tau siapa paling lapar kot. haha.. ;p

Sampai jer Penang kitorang terus cari sarapan. Dekat RnR sebelum nak sampai Penang dah sembur perfume banyak-banyak. Sila fahami ayat di sebaliknya okay. ;p




Tak pasti situasi sebenar time nie. Sama ada aku & Anis tengah borak @ Anis tengah tengok makanan dia yang tak sampai-sampai. Dira pula aku pasti tengah kelaparan. hahaha.. (sory Dira ;p)




After buncitkan perut kitorang terus ke Bukit Bendera. Sebab check-in pon lambat lagi kan. So berjimba dulu kat sini. Best ;) Lagipun tempat dah cantik.








Selesai melepak di Bukit Bendera. Lepas tue terus ke Apartment untuk check-in. Jadi, bila dah sampai apartment faham-faham la kan. Masing-masing membuta. Tapi aku buat persediaan awal. Mandi & gosok baju siap-siap. Baru tidur. Aku sebilik dengan Dira & Hajar.

Lewat petang baru kitorang ada tenaga (baru tidur la makna nyer ;p) So bersiap. Mak buyung (Anis) ajak pergi Muzium Toys. Layan jela. Lagipun en. tunang suka kartun. Nie la masa nak bikin panas kat dia. Sape suruh taknak ikot kan. haha ;p


Then kami lepak pula dekat pantai. Sebab abg boy & kak Sue ada hal nak jumpa kawan dia. So menapak la kitorang secara berjemaah. Penyakit berjangkit family kitorang adalah suka bergambar. haha.. semua kot. takde pengecualian ;p


Malam tue jalan-jalan kat Bazar sekejap. Tapi tak beli pape pon. Macam mahal pun ada. Baik shopping kat kL. Tapi ada jugak yang murah. Kena pandailah kan. Tapi aku takde mood nak beli pape. Ngantuk. haha..

Malam pulak kitorang banyak makan. Eh, tapi aku tak. Lepas dinner dorg yang lain layan Pasembor pulak. Aku tak larat kot. So tidur dalam van. Bila fikir balik ruginya tak join. haha. Takpe la, nak ajak en. tunang pasni.

Besoknya, after sarapan (kak sue & abg boy pergi beli) kitorang pegi shopping. Aku beli baju jer untuk family. Tak tau nak beli apa. Mama pesan beli jeruk. So aku beli jugaklah. Tapi beli yang campur punya.



Sebelum balik wajiblah pekena Nasi Kandar Line Clear kan. So beratur la kitorang. Tengok tudung purple tue. Over kan ==, Paling geram dah nak sampai depan baru tau tak payah beratur kalau lebih 6orang. Adoyai.. Penat jer beratur. Basah ketiak okay. haha.

Memang puas hati sangat dengan Nasi Kandar Line Clear nie. Sedap sangat. oh, terus perut berbunyi. ==,

Pape pon trip nie memang best sangat. Hope this year ada lagi. Insyallah. ;)


Sekian.














Penang With Cousins!

Salam & Hai Semua.



Akibat lama tak update blog tiba-tiba jadi terlalu "CERDIK".

Maka, sila layan teaser dulu.

*Okbye*






*kredit picture khas buat DuniaGrafikSaya tanpa ragu*