SI KACAK & SI CANTIK

May 31, 2011

I'm Happy........^_____^

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.



Meh sini nak story sikit. Duduk rapat-rapat ye. Ada gosip best nie. Haha...wah, macam kapochi pula ye.. Takde la. Sebenarnya nak cakap, tak sangka ENTRI INI paling dapat sambutan. Maklumlah, sekarang kan drama Nora Elena tengah hangat. Sampai aku pun sanggup mandi awal sebab taknak terlepas setiap minit drama tersebut. Iklan je terus solat. Nasib jugak iklan dia lama kan. hihi..


Ok, sebenarnya nak story lain. Yang atas tu mukadimah jer. hihi.. Akhirnya, dah rezeki agaknya. Aku tetap akan holiday di Langkawi. Start sabtu nie. Alhamdulillah. Tercapai hasrat..hihi. Jutaan terima kasih kat my love, FH. Sebab dia aku dapat pergi gak. Thank you hubby...^__^



Ok, banyak lagi nak story kenapa aku happy but aku cerita next entry ye. Ada kerja sikit nak buat.. Daa...

May 27, 2011

Siti Saleha a.k.a Nora Elena...

Aku kenal Siti Saleha @ nama sebenar dia Siti Saleha bte Mohd Baharum dah agak lama. Maksud aku kenal melalui tv la kat. haha... First aku tengok dia dalam drama 5 Jingga. Dia pegang watak Zaleha masa itu. Serius, terus suka dekat dia. Dia sangat cantik okay. Berlakon pun pandai. Tak nampak kaku.

Then aku dapat tau dia adik Sam Bunkface. Lagi la aku suka...haha... Tapi terus kecewa bila dapat tau dia girlfriend penjaga gol, Syed Adney. Boleh tak? hahaha...gedik okay..;p

So, bila dapat tau dia berlakon dalam drama Nora Elena memang like habis la. Aku dah la suka novel itu. Korang layan la picture Siti Saleha yang cun melecun nie ye.. Kedit to Abang Nara.





















nak-nak pulak dia berlakon dengan pelakon kesayangan i kan, Aaron Aziz. 100x suka okay...hihi...

Bila Melibatkan Hati & Perasaan..

Bila melibatkan hati & perasaan, susah untuk aku coretkan dalam blog. Aku bimbang setiap kata-kata akan menimbulkan salah faham. Dulu mungkin ye. Tapi sekarang aku makin banyak berfikir. Lebih baik aku diam. Biar orang nak kata apa pun. Janji aku tau keadaan yang sebenar.





Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita.
Semalam adalah teladan serta pengajaran.
Dan untuk menghadapi hari esok...
Jadikan kelmarin dan semalam sebagai pedoman...
Dalam menerokai sebuah kehidupan.....








Glenn Fredly - Sedih Tak Berujung





P/s : ini lagu yang selalu aku dengar bila aku sedih... Like last night...T___T

May 26, 2011

Bila BFF Jatuh Cinta...

Hai Korang...


Tadi pergi usya blog my BFF, ADEQ.
Terjumpa pulak ENTRI INI.
Wah, terus bau nasi minyak lagi awal dari aku punya. haha..
It's okay. Janji dia bahagia.
Aku selalu doakan kebahagiaan dia.
If dia dah jumpa yang sesuai aku syukur sangat.
Coz dia memang berhak pun.
Aku kalau ada sedara mara yang solo memang aku kenalkan kat dia.
Malangnya, semua dah berpunya...haha...;p



Note For You, FAZ...
- Bila nak kenalkan dengan aku..haha...kena tapis dulu okay...;p

May 25, 2011

Sedetik Lebih....@ Kelantan....

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.


Sebenarnya tajuk takde kaitan..haha.. Tapi memandangkan time buat this entry keluar lagu Sedetik Lebih dari Anuar Zain terus terfikir nak buat sebagai title entry ini. Aku nak story pasal perjalanan me, my mom, my bro & my sis, SYIROS ke Uitm, Kelantan. Kitorang gerak Jumaat pagi. Dalam 8lebih. So, macam biasa aku story by hari. Senangkan.



JUMAAT.

  1. Kitorang gerak dalam 8lebih. Tolak patah balik rumah sebab barang tertinggal (normal bila nak jalan jauh..haha..) dalam pukul 9pg jugak lah baru gerak ke Machang, Kelantan. Adalah beberapa kali kitorang stop. Isi minyak, lunch @ Bentong, buang apa yang patot (erk? patot ke tulis) DLL.
  2. Kitorang sampai Machang dalam 4ptg. Sebabnya, aku bawak jalan entah mana-mana. Haha..funny okay. Maklumlah, selama nie kalau pergi Kelantan naik bus. Dalam bus tidur. Nan ado nak tengok jalan kan. So, bila terdesak nie gasak. Redah jela jalan mana pun. Janji sampai. Serius time nie tak ingat langsung kt my hp ada GPS. Dah sampai Kelantan baru teringat. Haha...bising my mom bila tau. Lepas tu pergi mana-mana adik aku, Adam suruh aku gunakan GPS. Senang katanya.
  3. Sampai sana terus pergi UITM dulu. Sebab dorang kata ada sediakan penginapan. Bila dah bayar, semua tengok bilik. Adik & my mom taknak pulak bilik itu. Yang adik aku sebab takde tv. Plus laptop pon tak bawak time tu. My mom pulak sebab toilet jauh. Plus takot nak bangun sorang if nak ke tandas. So, untuk tenangkan hati keluar cari barang kat Kota Bahru.
  4. Dalam perjalanan merungut masing-masing. Haha, so apa lagi. Balik jer dari shopping terus jadi hotel. Alhamdulillah, dapat. Hotel betul-betul depan UITM. Terbakarlah duit yang dah bayar untuk penginapan dkt UITM tue. 

SABTU.

  1. Seawal pagi kitorang dah bangun. Malas nak beratur panjang time pendaftaran. Pukul 7.30pg gerak ke UITM. Time datang pendaftaran belum bermula. So, my sis isi borang apa yang patot. Terus dapat geng dari Johor. And dorang sama bilik. Kt blok Tun Hussein Onn (THO3). 3 tue makna bangunan ketiga. (kot. haha). Bilik no 202. Hambek. Siap nombor bilik. haha.. Tapi 1 week jela. Pastu pindah bilik lain. Pandai-pandai dorang nak angkat barang nanti. Dahlah banyak. Kitorang pon angkat 3 orang. Sampai nak pengsan kot. haha..
  2. So, kenal-kenal dengan budak yang 1 bilik dengan my sis. Sorang dari Johor yang jumpa time pendaftaran (sebab dia duduk sebelah kitorang). Sorang lagi dari Kelantan. Then kemas bilik + pasang cadar + semua yang patot. Siap semua aku, my mom & my bro pergi ke Pekan Machang. Cari barang yang kurang. Ada jer yang kurangkan. haha.. Hampir t/hari kitorang balik hostel. Hantar barang kat my sis + bagi makanan sekali. Ketuk-ketuk bilik takde orang jawap. Bila call rupa-rupanya dah merayap budak-budak nie. Cari geng kat bilik lain. Adeh, hampeh jer..
  3. So, carilah my sis dekat bilik bawah. After pesan apa yang patot kitorang pun gerak ke hotel. Time nak balik itu rasa macam nak nangis pun ada. Yela, jauh kot adik aku belajar. Time aku dulu pun dekat Melaka jer. Tapi takpe, demi masa depan dia jugak.
  4. Sampai hotel terus makan, mandi and buat apa yang patot. Adik aku, Adam siap tidur. Mama baca majalah. Aku tengok tv jer sampai mesej BF, tapi kejap jela. Sebab dia nak gerak pergi Nilai. Mama pulak after bayar hotel untuk 1 malam lagi join Adam tidur. Dah aku mati kutu. Tak tau nak buat apa.
  5. Then dalam 3ptg kitorang gerak ke Rantau Panjang. Macam biasa mama nak shopping la kan. Mama sibuk cari kuali, periuk, belanga + sudip, senduk entah apa-apa lagi. Adam pulak sibuk dengan cari baju untuk adik aku sorang lagi, Nabil. Dia tak ikut sebab kereta tak muat. haha...aku pulak cari makanan. Lapar kot..haha.. Macam mana tak gemuk kan.
  6. Lewat petang kitorang gerak balik ke hotel. OTW balik singgah gerai tepi jalan. Beli keropok and lain-lain untuk buah tangan jiran. Macam biasa aku tetap cari makanan. Haha..over kan. Stop kat 1 kedai nie dia ada jual bahulu. Panas-panas lagi okay. + bau yang sangat menggoda nafsu makan aku. Apa lagi beli la kan. Serius sangat sedap. Then Adam bagi idea nak gerak ke Terengganu malam tue. Bising mama sebab Adam tak bagi tau awal-awal. Yela, dah bayar duit untuk 1 malam lagi. Membazir jer. Adam pulak cakap sape suruh tak tanya dulu. haha... macam-macam. Terus plan bulan depan nak datang lagi. haha...;p
  7. Sampai jer hotel terus mandi. Then mama ajak pergi makan. See, makan lagi. Baru 2 hari berat dah naik 2kg okay. Haha.. bagi tau BF terus  dia bising suruh diet. Yela-yela...nak diet la nie... Kalau rajin.. hahahha...;p


AHAD.

  1. awal pagi dah bangun. Kemas apa yang patut. Then kitorang bertolak balik ke Selangor. Sebelum tu singgah makan dulu. Pagi-pagi dah makan nasik kerabu. Serius sedap. Ikutkan hati nak tapau jer. hahah..boleh tak? ;p
  2. kitorang gerak dalam 8pagi. 2 petang dah sampai rumah. Sempat jugak singgah Pizza Hut Kota Kemuning. Tapau bawa balik untuk kitorang and dorang yang kat rumah. Mama malas nak masak. Yela, dh penat takkan nak masak kan.


Itulah cerita aku kat Kelantan. Gambar ada tapi tak tau apa masalah tak boleh masuk dalam laptop. Dah okay nanti aku update ye. Next time plan nak ke Kelantan lagi. Tapi kali nie semua pergi..^__^





May 23, 2011

Sedikit Terkilan....

Dear, korang....aku tengah sedih.
Sebab tak jadi pergi holiday.
Lagi sedih sebab aku dah apply cuti..
Berganda sedih sebab dah hampakan mereka yang kirim.
Terus nak nangis tau.
Tak tau nak cakap macam mana dengan dorang aku tak jadi pergi.
SEDIH + SEGAN = NAK NANGIS.


Tadi time di BF mesej and bagi tau dia serba salah pasal holiday tue serius nak meleleh air mata. Tak tau kenapa. Rasa sedih giler. Maybe sebab aku dah plan cuti dari awal untuk holiday itu.Tapi tetap kena tabahkan hati bila tak dapat pergi. Serius tadi ayat-ayat dalam mesej cool belaka. Tapi hati Tuhan jer yang tahu. Lagi sedih bila BF cakap nanti dia belikan something kat Langkawi. Giler tak sedih. Kau bayangkan dah plan macam-macam tiba-tiba tak jadi pergi. Nak nangis okay. 


Cuti pun dah apply. Pulak tu, cuti aku memang susah nak diluluskan. Bila dah lulus sure aku happy kan. Tapi bila tetiba cancel...hmm...malas nak terang panjang-panjang. Korang faham-faham sendiri la ye. BF suruh aku apply cuti lagi tapi takpe lah. Biar aku sedih sekarang dari aku sedih lagi sekali nanti. Di buatnya cuti tak lulus kan dah kecewa lagi. Aku tak suka kecewa okay. Sebab aku rasa hati aku tak cukup kuat untuk dikecewa kan. Sure leleh nanti. Aku nie nampak jer keras tapi hati tak sekeras mana pun.


Plus aku memang dah bajet cuti. Kalau aku apply lagi cuti & kebetulan nasib aku baik cuti diluluskan aku terpaksa korbankan cuti raya pulak. Takpe lah. Raya adalah saat untuk aku habiskan bersama-sama family & saudara mara. So, takpelah. Bukan rezeki nak pergi sekarang. Okay, dah taknak ingat pasal nie. So, korang pon dilarang tanya aku pasal holiday nie. Diulangi. DILARANG. Ok, nak nangis jap. Bye.



note : terus nak ajak family holiday. Ubati hati yang kecewa..T___T



May 19, 2011

Congrats Elia & Fahmi

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.


If korang pengikut setia ELIA a.k.a JejariRuncing sure dah baca entri pertunangan mereka kan. So aku nak ambil kesempatan nie untuk ucap tahniah kepada mereka. Rasanya ramai yang tunggu berita baik dari dorang nie kan. Aku pon tak terkecuali. Yela, banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi. Terutama Elia. Paling aku tak faham kenapa ada orang tak suka dia. Aku rasa Elia okay apa. Macam kawan-kawan aku jugak. Eceh, aku cakap macam kenal rapat dengan dia pulak kan..hahaha..


Bukan apa, ini pendapat peribadi aku. Biasanya, penulisan seseorang melambangkan diri dia. So, bila aku baca blog Elia aku rasa dia baik & sangat merendah diri. Ini bukan bodek ke apa okay. Sebab aku tau Elia tak baca blog sememeh aku nie. hahaha...okay stop.


And, Elia pernah cakap nak buat gathering dengan followers dia. So, aku hope plan itu akan menjadi. So, boleh aku share dengan korang perangai sebenar Elia. Manalah tau dia pon gila-gila macam aku kan. Boleh merayu kat dia untuk jadi bestfriend aku. Haha...merayu okay...kalau tak jalan juga kita buat taktik paksaan. Boleh tak? haha..;p


Oh ya, besok aku akan gerak ke Kelantan. Nak hantar my sis, SYIROS ke UITM, Machang. Malam nie kena buat solat hajat, Mudah-mudahan dapat jumpa JejariRuncing. Boleh tak? haha... Okay, nak banyak mengarut. Mari buat kerja.



Sekian.

May 10, 2011

Anak Kartika Ditemui Mati Lemas.



SUNGAI SIPUT - Harapan bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor untuk menemui semula anaknya, Mohd. Azfar Mohamad Afandi yang hilang pada tengah hari Sabtu lalu berakhir dengan berita duka apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Perak awal pagi semalam.

Mayat Mohd. Azfar, 9, ditemui dalam keadaan terapung di tebing Sungai Perak kira-kira-kira satu kilometer dari tempat ia dipercayai terjatuh di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62, di Kampung Jawang, Karai dekat sini.

Menurut Kartika, 34, mayat Mohd. Azfar yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) kerana menghidap sindrom cerebral palsy, ditemui abang sulungnya, Mohamad Hatta, 37.

"Menggigil badan saya terdengar panggilan telefon abang menerusi telefon bimbit ayah yang memberitahu mayat anak sulung saya sudah ditemui.

"Menurut abang saya, mayat Mohd. Azfar ditemui dengan bahagian atas tubuhnya hingga ke paras dada terapung di permukaan sungai sementara bahagian bawahnya terbenam akibat tersangkut pada tunggul kayu," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sungai Siput di sini semalam.



sumber : kosmo online


BAGAIKAN BIDADARI...

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku tertanya
Jika kau tak bersama



Korus
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu



Tak pernah hilang
Tak akan pergi


 (Ulang Korus)

Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selam-lama
Jangkau kasih kita hingga ke akhirnya
Kita bagai di syurga



Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku










EVERYDAY BUSY.....!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum & hai semua.



Ikutkan bulan Mei (5) nie memang tiap hari busy dengan pelbagai aktiviti. Masa untuk rehat hanyalah time tidur. Letih jangan cakap, tapi semua sebab aku sendiri ngada2 nak busy. haha.. Boleh pulak macam itu kan. ;P


Meh aku share sikit dengan korang aktiviti aku. Kalau korang taknak tau pun sila buat-buat excited nak tau ye. haha... Dapat pahala tau gembira kan hati orang lain..hahahaha...;p


okay2, kita start dari 1hb ye kawan2.


1hb - keluar dengan bf & akak dia. Makan at Seoul Garden One Utama, pergi The Curve & shopping at Ikea.

2hb - aku buat apa yerk? haha.. dah lupa la. Kalau ingat aku update..=)

3hb until 7hb - kerja...hihi...biasa la kan. Takkan duduk rumah jer kan. Eh2 tapi tak buat kerja sangat. Asyik on9 jer..hahhaa..;p

8hb - pagi2 dah keluar dengan my mom cari sarapan + kutip hutang (my mom ada bisnes) = pergi pasar. Petang pulak pergi Carrefour Kota Kemuning cari barang2 for my sis nak masuk uitm next week.


Itu aktiviti yang dah berlaku. Yang di rancangkan akan berlaku pulak :



9hb until 13hb - work...work....work.....

14hb - keluar dengan bf cari apa yang patot. hihi.. konon nak tengok wayang tapi tak sure lagi. Sebab kitorang always tukar plan last minit. Masing2 ngada-ngada..hihi..

15hb - macam biasa kalau ada kenduri kahwin, kena pergi. Terus rasa dah tua time 2..T__T

16hb - work la..apa lagi...kecuali aku ponteng...haha..

17hb - cuti wesak day. Maybe nak ajak my mom shopping for baju raya. Makcik yang selalu buat baju kitorang dah bising suruh hantar. Bukan kitorang yang excited tau..haha..;p

18hb until 19hb - kerja lagi. Tapi aku rasa misti mood nak kerja dah takde..sebab.........

20hb until 22hb - nak hantar my sis ke uitm, kelantan. wee... Lama tak.. tp aku pasti misti my mom nak ajak shopping sekali kat sana. haha..;p

23hb until 27hb - haruslah kerja. Sebab ini minggu paling busy. Siapkan segala report + gaji + cheque supplier = menghitung hari nak gaji..hahha...bole tak? ;p

28hb until 29hb - pergi Melaka sebab my abang angkat kahwin. Tapi tak sure lagi nak tidur sana @ pergi hari Ahad jer. Tengok bajet & masa.

30.05 until 02.06 - semestinya berkerja. oh ya, time nie pasti kerja dengan riang ria. Sebab minggu gaji. haha.. bole tak macam tue..hihi


eh2, tetiba masuk bulan June (6). Ingat nak story sampai Mei (5) jer. Tapi ikutkan my friends ramai kahwin bulan June. Plus my cousin pun sama. So, aku telah isytiharkan hari cuti buat aku start dari 3 June 2011 until 5 June 2011. Sesuka hati aku jer nak buat cuti sendiri kan. haha..


Sebenarnya aku nak pergi bercuti ke Langkawi dengan family si BF. hihi.. Korang jeles tak dengar baca? haha. Eceh..ngade minah nie. haha.. Tapi mak & ayah dia tak pergi la. Just BF, akak, adik & makcik dia jer. Kalau mak ayah BF pergi segan den. haha..;p



Oklah, terima kasih baca entry terbosan nie..hihi..

May 04, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

TO : Nurul Faeza Binti Ismail,






____________________________________________________________

Wishing you all the best in the year to come.
May your days be filled with sunshine and beautiful colors.
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.
Wishing you good health and happiness in life.
Hoping your wishes come true year after year.
Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true.
Wishing you only the best on your special day.
Wishing you the happiest of birthdays, Hope this is your best year yet.
_____________________________________________________________





note : wanita itu kakak BF..hihi...^__^