SI KACAK & SI CANTIK

April 30, 2011

DARI HATI

dari lubuk hati yang terdalam aku mencintaimu
segala rasa ku kerahkan untuk kau bisa tau itu
berdua kita terus bersama aku bahagia
kasih tiada kau tau ku ingin dengan mu selamanya

kau datang sebagai pelengkap sebelah
kau telah mengisi kosongnya setengah celah
harapan ditengah saat ku tak bisa tegar
tersadar jemuh hari karenamu semua terhindar

kepadamu lah aku bersandar duhai yang terakhir
tak mangkir dari takdir kutukan manis dan satir
tapi terlahir janji bahwa ku mencitaimu
sangat menggebu hingga harus terus menjagamu

hingga nanti senja usia kelak menua
kuyakin tetap padamu takkan hati mendua
meski goda bersua tak roboh tekad berbisik
ku yakin teguh janji menyangkal semua usik

seolah haliq menuntunku padamu merujuk
kau yang terakhir bagaikan sebuah petunjuk
bawa hawa sejuk tenangkan kecamuk hati
hingga kali ini ku yakinkan kau satu yg pasti

dari lubuk hati yang terdalam aku mencintaimu
segala rasa ku kerahkan untuk kau bisa tau itu
berdua kita terus bersama aku bahagia
kasih tiada kau tau ku ingin dengan mu selamanya

kau wanita padamu tersebab karena ku tercipta
kan kutancapkan cinta sebagai rama untuk sinta
oh takan bisa sedetikpun untuk ku lupakanmu
kujaga kisah difik nafas keterahirku

dirimu tlah hadir bagai seorang pelengkap
datang beserta atas jawaban yang tulus engkau ungkap
kau beri rasa sayangku segap
cipta indah kisah hatimu terus dan aku dekap

bisa kau beri lagi rasa yang telah lama hilang
sejak sekian hari hilang oleh dalamnya bayang
bayang dirinya karenanya diriku karenamu terlepas
terhempas kulepas oleh semua kenangan membekas dari luka hatiku

tak membuatku hilangkan ragu
dengan ucapku oh lewat lagu
tak ada rekayasa untuk mu diriku ini bertutur
kan kujaga cintamu hingga ku nanti mati terkubur

dari lubuk hati yang terdalam aku mencintaimu
segala rasa ku kerahkan untuk kau bisa tau itu
berdua kita terus bersama aku bahagia
kasih tiada kau tau ku ingin dengan mu selamanya

karena diriku /karena dirimu mencintaiku /mencintaimu
kau tau kau begitu berarti bagi diriku
hanyu dirimu satu untukku
tak kan terganti dirimu karena diriku mencintaimu

aku dan kamu, lebah dan madu
tak kan terpisah hingga waktu habis berlalu
kusayang slalu takan berpaling
kupercaya cinta ini tetap terjalin

yah ternyata, engkau seperti yang kuduga
terbuka didalam suka duka
tak ada rasa ragu meragu yang buat kita jatuh
karena diriku dirimu lahir tuk selamanya bersatu

dari lubuk hati yang terdalam aku mencintaimu
segala rasa ku kerahkan untuk kau bisa tau itu
berdua kita terus bersama aku bahagia
kasih tiada kau tau ku ingin dengan mu selamanya

dari lubuk hati yang terdalam aku mencintaimu
segala rasa ku kerahkan untuk kau bisa tau itu
berdua kita terus bersama aku bahagia
kasih tiada kau tau ku ingin dengan mu selamanya

April 27, 2011

HATI YANG KAU SAKITI

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai


** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa


reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti


repeat *, **
repeat reff


ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti





____________________________________________________________
saat ini, ketika ini, hati saya sangat terluka.
____________________________________________________________




*pic from google*







 

April 21, 2011

ENTRI KHAS UNTUK SI DIA.

Sebagai tanda kasih sayang (sila muntah) aku akan buat entry khas untuk si dia tersayang.
Hope tak menggelikan korang untuk baca ye.
But not now.
Maybe next time.

MARI NANGIS BERAMAI-RAMAI...

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.



Macam biasa, masuk office buka email, tengok blog and online facebook. See, buat kerja tak masuk dalam senarai. Haha..buruk perangai. Kerja buat tapi lambat sikit..;p


Time that tak perasan lagi yang my bestie ada buat entry khas about me. Sampailah bukak facebook and dia share link kat aku. So, dengan penuh perasan aku tekan new tab and buka blog my bestfriend ini, ADEQ FAZILAH.


Bila baca apa lagi serius terharu. Rasa nak nangis jer. T___T
Korang sila jenguk & baca ENTRI INI.
Pastu meh kita nangis beramai-ramai.


Serius aku terharu and aku boleh rasa keikhlasan dia buat. Sebenarnya masa aku buat ENTRI INI aku tak terfikir atau mengharap dia akan buat entry khas untuk aku. Yela, aku buat sebab nak share story dengan korang semua. Kira luahan hati pun ye juga. Tapi bila my bestie buat entry itu serius terharu.


Ok, lah. Aku rasa dari tadi macam asyik ulang ayat yang sama. Sorry ye kalau pening. Aku terlalu terharu sampai tak tahu nak cakap macam mana. Enjoy reading.



*pic kami semasa pertunangan kawan baik kami jgk, Jes*




April 17, 2011

THANK YOU MY DEAR....^_^




Alhamdulillah, terima kasih atas kebahagiaan itu...














saya sangat bahagia...^_^




April 12, 2011

LEPAKING DENGAN DOTDOTDOT...

ASSALAMUALAIKUM & HAI SEMUA.


Ahad lepas after dapat pelepasan drpd mama, aku pergi lepak dengan my friends and love one. Hihi, bukan apa. Mama ada kursus hari itu and aku patut kena jaga rumah. Tapi sebab dah lama tak lepak dengan Nas & Ashraf so aku buat keputusan keluar dengan dorang & my bf.


 *motif pic nie sbb selalu tak jumpa kereta. haha. kami berdua pelupa*


 *ambil gambar sebab tunggu nas smpai. Huru hara dah tudung.*


*pic candid dari incik bf*


 * lunch kali ke 3. Mana tak gemuk. Adeh.T__T*


 *paling jeles. Dorang bertiga jer yg main. sob2.*


 *comel jer Nas main. haha. Paling tak tahan sape yang dekat sure kena pegang. haha*


*my bf paling tinggi. I paling rendah. keh2..;p*


 *kesian bf, main sorang2. Tp terharu sbb bf sanggup keluar awal teman aku. *_*


 *tak taulah dorang nie main ice skating ke main posing-posing*


 *bf sengal. haha..;p *


 *tangan Nas hilang. halimunan..hikhik..;p*


*ingat korang hensem ker..haha..;p*


Paling kesian ak tak main. Dah tu kena jadi camerawoman pulak itu Adeh, pasrah jela..haha... Next time aku kena main. Tak kira. Tak payah kira pun takpe. hihi. Okaylah, nak ambil SYIROS balik kerja. Tata....



NOTE : Letak gambar sebab malas nk story panjang-panjang. Hihi.

April 08, 2011

WANG RINGGIT MALAYSIA..... KENAPA TAK PERNAH CUKUP...!!!!

Assalamualaikum & hai semua.


Ok, apa yang nak aku sampaikan adalah pengalaman aku. Mungkin korang pun pernah rasa apa yang aku rasa nie. Kecuali korang anak orang kaya so memang tak sempat kot nak rasa semua nie.


Masa belajar dulu terutama semesta 1 elaun aku memang tak banyak. Sebab PTPTN bagi sikit jer. Dorang settle kan dulu yuran pengajian. Baki baru bagi student. Kadang-kadang dapat RM100 jer. Kau bayangkan, memang makan megi jela. So terpaksalah bapak topup apa yang patut. Time itu duit simpanan sendiri pun terpaksa pakai. Kalau tak mana nak cukup.


Tapi semesta 3 tak silap elaun dah naik sikit. So, after tolak yuran pernah jugak aku merasa dapat elaun RM1k. Tapi biasalah manusia. Ok, tak. Maybe aku jer. Dapat duit terus beli handphone. Dah tue tak reti nak beli yang murah. Nafsu...nafsu...


Tapi sekarang bila dah kerja & pegang duit sendiri rasa menyesal pun ada membazirkan duit mak ayah. Ikutkan cukup jer duit kalau tak beli benda yang mengarut. Ini tak, pantang keluar mesti nak membazir. Beli benda yang entah pape. Pastu tak pakai. Makanan nak makan yang mahal jer. Gerai tepi jalan langsung tak pandang.


First gaji aku adalah dalam RM700. iye, memang sikit. Ikutkan tak berbaloi aku belajar sampai diploma tapi gaji takat itu jer. Tapi sebab fikir nak cari pengalaman aku try jugak kerja 2. Tolak KWSP, SOCSO bagai tinggallah dalam RM 5++. Dah tue tolak pulak hutang PTPTN, duit minyak, makan segala benda. Memang tak simpan time tue. Bagi mak apa entah lagi. Memang tak. Tapi first gaji aku bagi mak aku. Biar berkat kata orang.Tapi itu jela. Lepas itu hampeh.  Tak cukup konon. Mintak dorang lagi ada la...(kantoi)


Tapi sekarang alhamdulillah dah stabil kata orang. Gaji pun dah banyak (banyak ke?) so dah pandai nak simpan. Dah boleh asingkan duit untuk roadtax, kereta, hutang ptptn, simpanan kahwin and semua lah. Alhamdulillah masih boleh pergi holiday dengan duit sendiri. Memang sesak kadang-kadang, tapi sesak pun aku nampak ke mana duit tue pergi. Shopping pun sekarang aku dah kurangkan. And mekap pun aku dah malas nak pakai. Tambah FH tak suka aku mekap. Makan pun kurang + nak diet konon. haha..;p


Takpe, bak kata orang susah dulu, senang kemudian ye tak. Lagi pun kena biasakan diri jimat & sayang duit.  Jangan membazir. Aku pernah terpikir gak dah kawin kang nak ajar anak aku jimat. Nak beli apa-apa barang kumpul duit sendiri. Okay tak? Okay la kan. Biar dorang tau hargai susah senang nak cari duit. Tambah akan dtg sure lagi banyak nak pakai duit kan.


Oh, ya. Aku nak nasihatkan kat korang kalau dah habis belajar jangan pilih-pilih kerja. Memang gaji sikit, tapi tak kan selamanya gaji sikitkan. Macam aku baru setahun lebih aku kerja gaji dah naik banyak sangat. Psiko jer semua tue. Dorang nak tengok kita sanggup tak sanggup nak susah dulu. Yang penting dah dapat kerja buat sungguh-sungguh. Bos bukan buta, dorang nampak hasil kerja korang. Mesti akan naik gaji punya. Buat kerja pun kena ikhlas tau.



note : Bila kita susah kita akan lebih hargai keadaan sekeliling...=)

April 07, 2011

GAMBAR DI MELAKA....ENJOY...

Jangan malu jangan segan, sila layan gambar2 mengarut di bawah. Tak banyak pun gambar sebab tiba-tiba TER'jadi offical photographer buat Redha & huda pulak..hihi..;p


*ini Huda, gf Redha merangkap kawan baru aku*



*inilah Redha. Member class aku time belajar, still rapat sampai sekarang*



*yg ini jangan tanya siapa, aku pun tak kenal. Sibuk beno dengan beg mak datin dia tue*

 

*rakus kan aku makan.keh2. Mana tak, dah petang baru lunch. Nasib makanan sedap.*


*hah...kantoi. Meh kita terjah lagi*

 

*dah macam picture pre-wedding pun ada kan*



*see...picture dorang lagi. Kami takde pun..T__T*



*sy dah gemuk*



 
*picture by FH. Time nie paksa dia ambil sebab takda gambar kita. Sedih jer. Sob2..*



*bila dah ambil nak ambil lagi. yg nie candid, nak balik time nie dah.*



note : bulan depan holiday lagi. Destinasi = Langkawi..hehe...

 



April 04, 2011

PERCUTIAN TERHEBAT.

Wah, tajuk macam apa kan. haha. Hai korang. Sedia maklum last week aku holiday ke Melaka. Tapi tak holiday sangat la. Sebab 2 hari jer. Sabtu pagi gerak then Ahad petang dah balik sini. But i really enjoy. Even sekejap tapi aku tetap rasa nikmat bercuti. Yela, asyik kerja jer kan. So, meh aku share sedikit sebanyak kisah holiday aku untuk kali ini.



JUMAAT.
  • memandangkan Sabtu nak gerak awal pagi, so aku buat keputusan untuk tumpang tidur di rumah makcik FH. (aku panggil dia ucu)
  • tapi sebelum tue sempat singgah ke UPTOWN SHAH ALAM. FH nak cari selipar. Tapi tak jumpa pun. Kitorang makan jer dekat sana. Dalam pukul 10malam sampai rumah ucu.
  • then apa lagi mandi, tukar baju & solat. Entah macam mana time tunggu FH call boleh pulak tertidur. Konon nak borak dengan ucu. Hihi. Sorry ucu.

SABTU.
  • seawal 6.30pg dah bangun. Konon nak gerak awal. Tapi KL mana boleh. Keluar awal mana pun tetap ada jam. Then ambil Redha & Huda dekat Flora Damansara. Terus gerak ke Melaka. Dalam pukul 10pagi kitorang gerak ke Melaka.
  • tapi memandangkan semua belum sarapan kitorang stop dekat R&R Seremban. Selesai semua kitorang gerak ke Melaka.
  • sampai Melaka dalam pukul 12t/hari. Terus cari hotel. 2,3 hotel jugak kitorang pergi. Tapi last sangkut dekat Ayer Keroh D'village. But yang tinggal bilik hotel jer. Ikutkan kitorang nak chalet. Luas sikit. Tapi takpe. Janji selesa.
  • dapt jer kunci apa lagi terus jer ke bilik hotel. Kemas apa yang patot. Plan nak keluar makan t/hari. Tapi hampeh. Semua lelap. Haha.. Pukul 4ptg tersedar lepas Redha call ajak keluar makan. Time tue perut jangan cakap la. Memang lapar betul.
  • pukul 5ptg baru keluar hotel. Dalam kereta semua dok fikir nak makan apa. Plan asal nak makan rojak tapi boleh pulak rojak habis. Tapi salah kitorang gak keluar lambat. Maklumlah tempat tue popular. Memang habis awal.
  • akhirnya aku & Redha makan mihun sup. FH & Huda makan mee kari. (eh2, macam mana leh tertukar kapel nie). Serius mihun sup dia sangat sup. Itu baru betul nama mihun sup. Korang pun patut cuba. Gerai kecik jer, tepi jalan dekat area Pantai Puteri. Tapi sesiapa tak makan pedas tak digalakkan pergi. Sebab serius pedas.
  • habis makan macam biasa, ambil gambar. Mana tak, pemandangan waktu petang kat tepi pantai sangat terbaiklah. Tapi holiday kali nie aku rasa macam jadi offical photographer (OP) untuk Redha & Huda pulak. Sebab banyak gambar dorang. hihi..;P
  • sebelah malam pulak kitorang pergi ke Mahkota Parade sebab FH & Redha nak cari selipar. Then terus lepas gian pergi karaoke. Macam dekat sini takde pulak kan. hihi... 2jam jugak kitorang bantai nyanyi.
  • pukul 11mlm kitorang gerak ke kedai makan. Takde hala tuju lagi. Sebenarnya plan nak surprise untuk birtfday FH tapi sebab last minit Azam ada hal so aku & Redha agak buntu nak fikir next plan. Bayangkan tinggal beberapa jam jer lagi boleh Azam kata dia kena pergi KL. OMG...apa nak buat nie. Dah lah tau dalam kereta, kang kantoi pulak kalau cakap. So, buat tak tahu.
  • bila nak plan benda lain Azam pulak kata tak jadi. Hisy, terus geram tau. Lastly buat keputusan takde kejutan, just sambutan. Tapi still tak bagi tau FH. Kebetulan time Azam bagi tau tak dapat join Tyson ajak keluar makan sama dengan Hatim & Lokman sekali. So makan London Seafood sambil makan kek.
  • kek Redha ambil lambat. Lepas makan baru dia ambil kat kereta. FH agak terkejut. Tyson, Hatim & Lokman pun sama. Siap tanya birthday siapa. (apa punya kawan lah dorg nie). Hatim cakap nape tak bagi tau awal boleh sambut tempat lain. Tapi memang tak boleh nak cakap sebab FH always dengan aku.
  • FH kata dia terharu sebab aku sambut birthday dia walaupon awal nya aku cakap takde sambutan untuk dia tahun nie. Tapi dia kate dah boleh agak sebab hampir kantoi gara-gara Azam.
  • selesai semua balik hotel. Sampai bilik dekat pukul 2pagi. So apa lagi masa untuk zzzzzzzzz...

AHAD.
  • plan nak pergi breakfast yang hotel sediakan. Maklumlah termasuk sekali, tapi masing-masing terbabas sampai 10pagi. hihi. Buruk perangai masing-masing kan. Aku dah terjaga pukul 8.30pg. Tapi mesej budak lelaki tak berjawap apa lagi sambung tidur balik..hihi.
  • akhirnya buat keputusan gerak after check out jer. Pukul 12t/hari kitorang gerak. So faham-fahamlah kan kitorang pergi mana lepas tue. Lunch time. Kitorang makan dekat Bukit Katil. Tak tau pulak mana kedai itu tapi kitorang panggil kedai kari kepala ikan. Memang sedap makanan dia + banyak pilihan. Murah pun murah.
  • next lokasi pergi Jasin, rumah mak angkat aku & Redha. Sebelum tue beli kuih muih as a buah tangan ke sana. Aku & Redha ingat-ingat lupa jer rumah mak angkat kitorang. Maklumlah hampir 2 tahun kot tak datang sana. Abang angkat aku pon dah ada 2 orang anak. Aku datang masa dorang kahwin. Lama tak lama. Nasib mak angkat ingat aku lagi. hihi. Boleh nampak reaksi gembira dorang. Dorang cakap kadang-kadang terpikir pasal aku. Entah aku ingat entah tak kat dorang. Terus sebak. Sampai macam tue sekali kan. Sorry mak...T____T
  • tak lama lepas tue gerak ke rumah mak angkat Redha pulak. Tapi dorang takde kat rumah. Sibuk hantar kad jemputan kahwin kot. So singgah rumah mak angkat Azam sambil tinggal kan pesanan untuk mak angkat Redha. Then gerak ke rumah Faz pulak. Sebelum tue sempat jugak singgah Mydin.
  • Lewat petang gerak balik Selangor. Sempat singgah gerai tepi jalan beli buah tangan. Ikutkan memang tak puas. Tapi okay la. Sebab matlamat utama nak pergi rumah mak angkat. Yang lain sampingan jer. Next trip kami berempat plan nak pergi Pulau Tioman pula. Insyaallah bulan June nie. Ikotkan Redha ajak bulan 5 tapi aku nak pergi Langkawi. So tunda. Takpe janji pergi kan..

Oh ya, aku sampai rumah dalam pukul 5ptg. Penat tapi enjoy. =)



note : gambar update later ye sebab belum dapat dari FH lagi..

April 01, 2011

OFF TO MELAKA..

Besok seawal jam 7pagi aku nak gerak ke Melaka. Holiday with pakwe and friends. Also jumpa mak angkat tersayang yang dah lama ditinggalkan. Derhaka sungguh aku kan. Entah mak ingat alia (mak angkat aku panggil aku alia, comel kan) lagi entah tak. T___T



Mesti korang tanya kenapa awal sangat kan. Saja nak buang masa. Haha. Taklah, kitorang nak gunakan masa nie dengan sebaiknya. Nak imbas kembali semua tempat yang kitorang pernah pergi. Nak rasa naik bas TUAH pegi Mahkota Parade, Dataran Pahlawan. Kelilingi Melaka naik bus 2 tingkat & Panorama. Ambil gambar macam orang batak tak pernah pergi Melaka padahal dah duduk sama 3 tahun pun tak reti nak hargai keindahan Melaka. Baru sekarang kau terhegeh-hegeh nak datang sana balik kan. Biase la aku... Okay sambung balik. Malam pulak akan ikan bakar kat Umbai, naik bot dekat River Cruise ala-ala romantik, rendam kaki kat Air Panas Gadek...Aduh...Sangat heaven... Sebelum balik mandi dekat Melaka Wonderland Theme Park ala-ala cerita Jutawan Fakir, buat rombongan sekolah rendah ke Zoo Melaka, beli key chain kasi kat kawan-kawan.. So sweetttt....Eh, Menara Taming Sari tak naik lagi. Banyak lagi nak buat nie.


Tapi kenapa pergi rumah mak angkat tak masuk senarai???? Sah anak derhaka. Okay, sebelum balik jumpa mak. Mintak restu nak kawen. Boleh tak? Mesti boleh punya. Mak angkat baik. FH, pasni boleh terus kawen. tapi sebelum balik makan dulu. Jap, agak2 dia masak tak? okay takpe, aku beli kan makanan. Tebus kesalahan konon. Dah peluh cium segala baik bole balik..tata mak angkat..hai mak kandung...

Sampai rumah bagi mak kandung baju kotor untuk di cuci. Dan aku bersenang lenang depan tv tengok Anugerah Bintang Popular...abg jijan...i lap u...... Tiba-tiba..panggggggggg....anak dara pemalas, basuh baju sendiri. Okay, mak dah marah. Basuh baju dulu. Tinggal ye abg jijan. Miss u...


Sekian.



note : semua hanya ilusi akibat terlalu taksub dengan HOLIDAY. selamat membaca semua.

SAHABAT TERBAIK SAYA.

Kalau korang baca ENTRI INI sure korang ingat aku ada cakap yang kawan aku tak ramai kan? So kali nie aku nak share dengan korang semua sahabat terbaik yang pernah aku ada. Tak ramai pun. Adalah beberapa orang jer. Mereka nie memang kawan susah senang aku. Nak nangis sama dengan mereka pun boleh. Serius, tak tipu.





Nama dia FAZILAH A.K.A ADEQ. Jujurnya aku lupa macam mana perkenalan kami. Maksud aku yang membawa kepada sebuah persahabatan yang erat. Tapi kalau tak silap semua gara-gara assignment ...... (tak ingat jugak). Sem berapa pun aku tak ingat. Tapi masa tue ahli kumpulan aku ada lima AKU, FAZ, JAS, ZUL & PIAN. (pian keTUA-sebab paling tua antara kitorang.haha) Sebenarnya time tue pensyarah suruh pilih group sendiri. Tapi entah kenapa takda orang nak kami. So kira kitorang ala-ala orang yang tak laku la. Makanya, jadilah kami 1 group. Tapi maybe atas dasar nak buktikan yang mereka silap tak pilih kitorang, alhamdulillah kami jadi group terbaik. Setiap assignment dapat pujian. See, next time jangan pilih bulu kaki okay. Sejak tue kami kekal as a one group. Taknak pecah-pecah. Terus sayang giler kat group nie. Cuma untuk projek usahawan (jualan) kami lain group. Tapi kami masih 1 group untuk handle this projek. Dan kami harungi segala susah senang untuk bangunkan perniagaan. Bayangkan kami bersusah payah beli payung, meja, kerusi dLL barangan untuk berniaga bersama. Yang best itulah kenangan berharga yang group lain tak rasa. Mereka hanya berniaga jer. Tapi kami buat semua bersama. Hujan panas kami redah. Paling aku sayang kat dorang sebab sepanjang kami handle projek nie takde pun bertengkar. Cuma berjalan lancar & penuh gelak tawa. Mana nak cari kawan macam nie beb. Sumpah sayang korang sampai mati. Dengan Faz aku masih rapat sampai sekarang. Praktikal pun aku dengan dia. Dia boleh ngam dengan aku. Susah nak cari kawan yang boleh ngam. Kami dengan dia semua aku boleh masuk. Even dengan family dia pun sama. Mak dia baik tau. Masa aku tidur sana mak dia masuk sedap... i like...teringat mak aku. hehe... Banyak kisah suka duka aku dengan dia. Tapi kau harap persahabatan nie sampai akhir hayat aku. Dia adalah kawan terbaik aku pernah ada. Hope untuk selamanya juga. AKU SAYANG KO WEI...=)




NOTE : sebagai tanda penghargaan kepada kawan terbaik, aku akan buat 1 entry untuk seorang..=)