SI KACAK & SI CANTIK

November 29, 2010

KAHWIN KAHWIN..

MUSIM PERKAHWINAN MEMBUATKAN PERBUALAN SY DAN MAMA LEBIH KEPADA "IMPIAN PERKAHWINAN SAYA"








saya : tema nanti hitam putih tau ma..
mama : dah biasa sangat. Pilih kaler lain..
incik boyperen : kaler hitam merah la yunk..









DAN AYAH ASYIK TANYA SY BILA NAK KAHWIN...T____T














note : bab kahwin kena guna huruf besar...

November 24, 2010

Lelaki Kacak


Bila kita cakap tentang lelaki kacak macam2 persepsi yang boleh dibuat. Lain orang lain pandangan. Eh2, kenapa pulak tiba2 cakap pasal lelaki kacak nie. Bukan apa, lunch time tadi tergerak nak baca blog rakan2.. And ada 1 blog yang sangat menarik perhatian sy. Tajuk entry "Artis Pujaanku". Tapi sy bukan nak cerita pasal entry tersebut. Apa yang sy nak kongsikan ialah tentang comment salah seorang followers blog pada entry itu.


Penulis berkongsi artis pujaannya yang mana adalah seorang lelaki dalam entry tersebut. Biasalah kalau dah namanya gadis, tak sah kalau tak puji artis lelaki. Kacak la..bergaya la..dLL..


Nak dijadikan cerita adalah seseorang yang comment entry tersebut. Punyalah dorang bertengkar pasal nak buktikan artis pujaan mereka paling hensem bergaya. Macam kelakar tapi itulah kenyataan. Kalau bukan disebabkan sy di ofis sah2 sy gelak terguling2...hahahhaa...plz la uols. Pasal artis pon nk gaduh sakan ke? Bukan mereka kenal uols pon.


For me tak perlu kot nak gaduh pasal tu. Sangat tak matang ok. Pandangan setiap orang kan berbeza.


Ok, sy bagi contoh ye.







kawan sy rasa Anuar Zain adalah lelaki paling kacak.









Tapi sy rasa Ashraf Muslim adalah lelaki paling kacak.



Tapi kitorang takde pulak smpai gaduh, bertumbuk segala bagai. Mengarut giler. Ok tipu, adalah cakap main2 tak mau kawan 5minit. Sweet tak? Cakap sweet skrg.. haha... Sebab kami tau pendapat setiap orang berbeza. Kalau sama tak meriah pulak dunia. =)









note : Sila abaikan entry ini kalau anda rasa sy mengarut. Sebab sy pon rasa begitu. Now u can see betapa sy boring di "kantor" sehingga buat entry ini...tata...






*picture kredit to mr.google*




November 19, 2010

♣ My Love Is Not Ordinary ♣

This time I realize,
That I’ve been falling in love,
From the deepest of my heart,
I do love you.

My love is not ordinary,
Love when it belongs to you,
And it’s you who stay with me,
For the whole of my life.


Accept my confession,
please,
Believe me that everything i did,
‘cause you are mine..

November 18, 2010

~ Erti Persahabatan ~

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?


Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

= MY DREAM =

Wah, tiba2 tajuk dah macam apa pulak kan...haha.. Bukan apa bangun tidur pagi tadi tiba2 rasa macam diri ini bertuah sangat sebab segala apa yang diimpikan alhamdulillah tercapai. Antaranya ;-


1) Kereta sendiri
- walaupun kecil (myvi jer) tapi alhamdulillah itu adalah kereta sy sendiri.


2) Akaun Simpanan
- maybe uols akan rasa benda ini adalah biasa tapi bagi org2 yg boros macam sy akaun nie kira mcm benda paling berharga sebab every month sy akan pastikan ianya bertambah. Alhamdulillah buat masa ini belum pernah berkurang..=)


3) Handbag
- kenapa sy letak as my dream..sebab selama ini cuma dapat beli bag harga rm50 ke bawah..(T___T) sedih tak sedih..maklumlah dulu student.. tak mampu..hihi.. raya lepas murah rezeki sikit sebab dapat bonus so dapat jgk beli beg rm2++ .


4) Handphone
- E72..hehe... bolehlah kot...insyaallah yang canggih manggih lepas nie.. (jgn nk bebel ye..)


5) Holiday
- walaupon sebelum ini sy bersedih sebab trip cancel tapi skrg sy happy sebab sy tetap akan ke Langkawi january ini..haha... jangan jeles uols.. thankz kt ucu sebab sudi bawak sy and bagi tiket fireflyz.. (ucu 2 makcik bf sy.. alhamdulillah semua restu hubungan kami..mau tak bahagia hidup..hehe..)




ok 2 jerk...misti uols bising kn sebab sy kecoh my dream 2 mcm berlambak2 jer..mmg byk tapi sudah sy bilang antaranya...hehe... So next entry my dream akan menyusul kalau sy rajin..hehe...















P/S : TQ pd yang membaca..=)

November 10, 2010

+ empty +



Agak lama tak update blog. Semuanya gara2 frust tonggeng menonggeng akibat terbatalnya trip ke Langkawi. Jadi disebabkan itu jugalah tiadanya entry "Trip to Langkawi Part 2" T_T

Baiklah... Apa yang baik pun tak tau la...hehe... Malu nak cakap sebenarnya... Eh2...memang tak cakap taip...so kita tukar ayat ye.. Malu nak taip sebenarnya..(pape ntah an...gedik la kau nie)



:@kenny rogers:

 





sapa nak teman...jomlah..mengidam dah nie... saya belanja....^_^
















P/S : windu nak makan kat The Curve...Suasana dia best...=)










ok2...nak cakap la nie...Sebenarnya saya nak benda nie.. Ada sesiapa bole bagi tak....^_^